Isnin

Cameron Yang UMMPPHH

 Ini dinamakan percutian yang tidak dirancang. Haha. Nasib baik kawan - kawan teringin nak ajak aku tau. Dapat juga aku ke CAMERON HIGHLAND! 
Ya! Ulang suara CAMERON HIGHLAND. Tanpa dirancang terus kemas - kemas beg gerak ke sana. Mau terkejut badan aku. Tapi sebab kawan - kawan dah ajak kan. Katanya nak hilangkan stress and dan share problem. Aku pun la layankan aja. Aww, Seronok OK! 



Ini tempat yang singgah secara tiba. On the way nak ke puncak Cameron tiba - tiba nampak air terjun gila cantik. Namanya Lata Iskandar kalau tak silap. Kalau boleh mandi dah lama terjun. tapi waktu tu pun hujan renyai -renyaikan. Jadi singgah memang nak ambil gambar je. over tak? haha.

 Alamak. Tak jelas sangat la. Itu strawberry cicah coklat. Sangat best. Dan strawberrynya sangat manis. Syok!

Ini namanya over. Tapi memang sangat sejuk. Hotel yang kami stay pon ada kipas saja. Memang sejuk. Kalau ada Aircond entah apa jadi la kami berempat.

Depan hotel. Pakai jacket kerana sejuk amat.

Sarapan yang UMMMPPPHHH. Sangat kebaratan tau. 

Cover la sikit. Nak ambil gambar katanya. Wah!


I Love U Frennnnn...

Kalau ada kesempatan dan duit lebih harap dapt pergi lagi. Sangat seronok. Jadikan tempat honeymoon pun cantik juga. Sejuk tau. Aww. Gatal pulak. ermm, K bye!


Rabu

Hepi Besday Ayah.

Hari ini , eh bukan. Semalam merupakan hari kelahiran Zawawe bin Abas @ ayah. Tahun ini ayah aku dah genap 50. Sebaya dengan Mr Os rupanya. Hihi. Tak lama lagi nak pencen dah. Wow. Apa la orang tua ini nak buat kalau duduk rumah je nanti? Gaduh dengan mak? Mungkin. Terpaksa teman mak pergi jalan - jalan? Mungkin. Marah adik - adik yang malas mandi. Mungkin. Ayah pun sama. Kemas rumah?Mustahil. Huh.!Mengaji. Pasti!
I Love U ayah. Nanti along balik kita beli kek ya. Kek pisang.Then makan kat KFC yang dekat depan rumah kita tu. Hihi.

Selasa

Crash

*Lagu ini tidak ada kena mengena dengan hidup aku. Lagu ini aku suka. Blog aku, aku punya suka.

Patah Seribu

Walau kau tiada di sini.
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah..

Isnin

Hari Mendung.

Tiada siapa yang mengerti aku..

Aku tawa dalam duka

Aku duka dalam luka..

Tiada siapa yang tahu aku

Aku gembira dalam sedih..

Aku sedih dalam pedih..

Aku sunyi..

Aku terlalu sunyi sendiri..

Tak mampu untuk berdiri..

Tak mampu untuk berlari..

Aku sepi..

Aku sepi sebegini..

Tenggelam timbul mencari diri..

Dalam duniawi bewarna warni..

Aku hampa..

Aku kecewa..

Terlalu seksa dijiwa..

Berselindung disebalik ketawa..

Aku derita..

Derita membuatkan aku lupa..

Derita menjadikan aku buta..

Lupa dan buta segala..

Sabtu

Melaka Bandar Bersejarah

Hati memang seronok di sana. Tapi itu dulu. Memang mahu pergi sekali lagi. Tapi kalau pergi hati ini akan tak tenang. Flashback akan bermula. Satu demi satu. Tiada yang tertinggal. Andai boleh hapus, apa cara sekalipun aku lakukan. Tapi tak mampu.