Sabtu

Selangkah UiTM


Budak – budak sekarang ramai yang dah pandai – pandai. Muka macam gengster pun boleh jadi ulat buku. 2 hari yang lepas hari minggu aku bukan lagi dihiasi dengan rehat atau lepak sambil makan makanan kegemaran tetapi aku dan kawan – kawan sekelas diberikan tugas untuk membantu UiTM dalam SELANGKAH KE UITM yang diadakan untuk promote UiTM kepada budak – budak lepasan SPM yang nak masuk U ini. Kalau bukan kerana subjek dan markah ( 20 markah ) aku dah balik kampung dah. Lama dah tinggalkan ayam itik tu.


So, kami secara paksa- rela melakukan kerja – kerja yang disuruh. Ala, bantu UiTM. Takkan nak berkira juga. Boleh lah. Bukan kerja berat pun. Tolong gitu – gitu aja.


Serius aku tak tipu, mostly yang datang hari itu adalah antara pelajar – pelajar yang hebat. Result cantik, semua A. Aku tak tahu la camna diorang belajar. Yelah, aku buka kaki buku dan kaki belajar pun. Dulu la. Sekarang dah insaf sikit. Insaflah, dulu nak masuk U susah la.


Ada la sorang budak tu, lelaki, tinggi lampai, badan bidang. Dia buat semakan kelayakan kat kaunter yang aku jaga. semakan kelayakan itu adalah untuk guideline diaorang itu pilih couuse yang yang suite dengan diarong. Ceritanya camni. Dia datang dengan rambut yang bercorak ( aku tak tahu apa style rambut dia ) cam kena kokak dengan buaya, baju lambang bukan – bukan, kepala tali pinggang besar kepala aku, bersubang. ( ala – ala gengster la ) Dalam hati aku, eh, budak ini nak pelajar ke nak pergi belasaj orang. Dasyat sangat. Tiba – tiba dia panggil aku.

Adik gengster : “ Akak, nak tanya ( sopan betul ). Yang ditanda right ini kenapa?

Aku yang sopan : Camni, yang tu antara course yang awak layak nak mohon di Uitm based on result SPM awak la. ( semua layak ok walaupun gengster camtu )

Adik gengster : oh, ok. Terima kasih kak.

Aku yang sopan : Masuk la UiTM ( promote ). Awak agak – agak nak minta course apa?

Adik gengster : Saya minat medik.

Aku yang sopan : Wah , goodluck!!

Korang tengok, budak yang gengster camtu minat medik? Terkejut aku. Tak sangka la. Itu la aku cakap, budak – budak sekarang ini pandai – pandai. Medik itu. Korang bayanglah doktor rock pakai subang macam dia. Hebat la. Kagum aku. Budak pandai rupanya.


* kakitangan yang bekerja dengan tekun


* pantang jumpa cermin kat toilet.


sekian sahaja.


Black N White


Sekarang kalau edit gambar nak kaler hitam putih saja. Tak ada kaler lain dah. Entah kenapa. Gambar dah berwarna - warni tapi still nak edit jadi black n white juga. Sebenarnya nak tutup kehitaman kulit pun ada. Kalau black n white tak ada la aku nak black sangat kan. hah! Stylo mtylo la konon.