Jumaat

Heloo, Si cantik!


Lelaki sekarang bukannya tamak nak pilih pasangan. keliru saja. Sebab itu kadang - kadang dengan orang lain lepas itu dengan orang lain pulak.
( Curang! kurang ajar )

Tak apa, aku faham. Ala,setakat kena tipu dua tiga kali tu apa hal sangat la. Tapi tak apa, aku tahu lelaki bukan nak menipu sebenarnya. Dia cuba jaga hati. ( Kalau penipu tu penipu juga )

Tak apa. Allah pun ada cakap. Kita perempuan kena share pasangan. Maklum la lelaki tak ramai. Ramai lelaki yang pun sama sibuk berlawan dengan perempuan sebab nak rebut lelaki.

Satu lagi, sekarang ni perempuan cantik - cantik. sebab itu lelaki macam keliru saja nak pilih yang mana satu. kan? ( lelaki memang gatal ) sebab itu sekarang ini tak siapa - siapa yang nak kat aku. perempuan cantik ramai sangat. Aku cantik sikit je.

Ini antara wanita - wanita yang berada dalam list 100 wanita tercantik. Sangat bertuah mereka ni. They are perfect.!

* Bibir yang menikam kalbu. hik!

* character yang comel.

* scarlet yang hot.!

* si manis .

Sepatutnya kita perempuan perlu sentiasa yakin pada diri sendiri. Bila dah confident barulah nampak cantik. Tuhan dah cakap. Manusia adalah antara ciptaannya yang paling sempurna.

Ingat, sebagai perempuan kita ada kuasa untuk memilih kerana kita adalah pemegang rahim di mana akan melahirkan zuriat - zuriat yang akan menyambung generasi kita.

Selasa

ICT first time!


Tak di duga - duga akhirnya malam ini sampai juga aku ke ICT Shah Alam. Bukan ape. Dah lama nak pergi cuma tak ada masa saja. Sekarang tiba - tiba ada masa dan seorang teman lama membawa aku ke sana. Walaupun agak penat kerana kekurangan idur tetapi aku gembira. terima kasih sahabat kerana membawa aku ke sana. lagipun kau dah janji kan dengan aku. jadi kenalah tepati.


* terima kasih awak.

Aku ambil gambar pakai handphone saja. Orang lain dengan kamera besar silap pakai flash sampai silau mata aku. Aku pun ada la, cuma tak bawa saja. Aku tak plan pun nak datang tau. Awak di atas tu yang bawa. Dah lama tak jumpa awak. Awak ni sangat sibuk sekarang.


Tak main - main



Sedih. Buat kali kedua dia tinggalkan aku lagi. Kali ini mungkin betul - betul. Bukan salah dia atau aku, hati dan perasaan dia yang berubah. Aku cuba faham. Tak apa. Aku relakan.

Tak guna aku pertahankannya kalau dia bukan milik aku. Aku lepaskan kamu. Moga kamu rindukan aku. Aku janji akan rindu kamu. Kalau aku janji aku tak pernah mungkiri. Kau pun tahu tu kan? Jangan risau pasal aku. Aku Ok saja.

Bye. Miss U. Always B.


Isnin

Hidup Baru



Salam, aku bukan pertama kali conteng-conteng di blog. Ini blog lama aku yang aku telah buang semua entri lama. jadi blog baru la. rujukla tajuk di atas.

Aku bukan tak syok dengan hidup lama aku tapi aku saja nak memulakan hidup baru. Berhijrah. tutup mulut kau. Aku tak nak dengar sebarang perndapat sekarang.

sebelum aku merepek baik aku behenti sekarang.
Bye. dengan penuh emosi pulak.