Fuuhhhhh....
Lama tak jenguk blog aku ni. Bila dah jenguk baca balik entri-entri lama rasa macam malu - malu siput je. Haha.
Ok blog,kalau ada masa aku akan tambahbaikkan kau ya. Sekarang ni macam ala - ala sibuk macam tu kan. Haha.
Hey, final sem. Wish me a luck!
Rabu
Isnin
Cameron Yang UMMPPHH
Ini dinamakan percutian yang tidak dirancang. Haha. Nasib baik kawan - kawan teringin nak ajak aku tau. Dapat juga aku ke CAMERON HIGHLAND!
Ya! Ulang suara CAMERON HIGHLAND. Tanpa dirancang terus kemas - kemas beg gerak ke sana. Mau terkejut badan aku. Tapi sebab kawan - kawan dah ajak kan. Katanya nak hilangkan stress and dan share problem. Aku pun la layankan aja. Aww, Seronok OK!
Ini tempat yang singgah secara tiba. On the way nak ke puncak Cameron tiba - tiba nampak air terjun gila cantik. Namanya Lata Iskandar kalau tak silap. Kalau boleh mandi dah lama terjun. tapi waktu tu pun hujan renyai -renyaikan. Jadi singgah memang nak ambil gambar je. over tak? haha.
Alamak. Tak jelas sangat la. Itu strawberry cicah coklat. Sangat best. Dan strawberrynya sangat manis. Syok!
Ini namanya over. Tapi memang sangat sejuk. Hotel yang kami stay pon ada kipas saja. Memang sejuk. Kalau ada Aircond entah apa jadi la kami berempat.
Depan hotel. Pakai jacket kerana sejuk amat.
Sarapan yang UMMMPPPHHH. Sangat kebaratan tau.
Cover la sikit. Nak ambil gambar katanya. Wah!
I Love U Frennnnn...
Kalau ada kesempatan dan duit lebih harap dapt pergi lagi. Sangat seronok. Jadikan tempat honeymoon pun cantik juga. Sejuk tau. Aww. Gatal pulak. ermm, K bye!
Rabu
Hepi Besday Ayah.
Hari ini , eh bukan. Semalam merupakan hari kelahiran Zawawe bin Abas @ ayah. Tahun ini ayah aku dah genap 50. Sebaya dengan Mr Os rupanya. Hihi. Tak lama lagi nak pencen dah. Wow. Apa la orang tua ini nak buat kalau duduk rumah je nanti? Gaduh dengan mak? Mungkin. Terpaksa teman mak pergi jalan - jalan? Mungkin. Marah adik - adik yang malas mandi. Mungkin. Ayah pun sama. Kemas rumah?Mustahil. Huh.!Mengaji. Pasti!
I Love U ayah. Nanti along balik kita beli kek ya. Kek pisang.Then makan kat KFC yang dekat depan rumah kita tu. Hihi.
Selasa
Crash
*Lagu ini tidak ada kena mengena dengan hidup aku. Lagu ini aku suka. Blog aku, aku punya suka.
Patah Seribu
Walau kau tiada di sini.
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah..
Isnin
Hari Mendung.
Tiada siapa yang mengerti aku..
Aku tawa dalam duka
Aku duka dalam luka..
Aku gembira dalam sedih..
Aku sedih dalam pedih..
Aku terlalu sunyi sendiri..
Tak mampu untuk berdiri..
Tak mampu untuk berlari..
Aku sepi sebegini..
Tenggelam timbul mencari diri..
Dalam duniawi bewarna warni..
Terlalu seksa dijiwa..
Berselindung disebalik ketawa..
Derita membuatkan aku lupa..
Derita menjadikan aku buta..
Lupa dan buta segala..
Sabtu
Melaka Bandar Bersejarah
Selasa
Air Mata Air
Ada DUA titis AIR MATA mengalir di sebuah SUNGAI. SATU titis air mata itu MENYAPA air mata yg satu lagi,” Saya AIR MATA seorang GADIS yang MENCINTAI seorang LELAKI tetapi telah KEHILANGAN. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis AIR MATA ke DUA tu,” Saya AIR MATA seorang LELAKI yang MENYESAL membiarkan seorang GADIS yang MENCINTAI SAYA berlalu begitu SAHAJA.”
Isnin
Big girl now!
Adik anis sudah dewasa. Mungkin dia akan kahwin dulu sebelum aku. Haha. Gila tak Laku aku ni kalau macam tu. Ok, adik anis sudah pandai membaca dan sudah suruh ayah belikan laptop. Hahaha.
Waktu ini belum pandai jalan. Tapi dia sudah start cam orang - orang sekeliling. Si boroi ini dia ingat sampai sekarang sebab dulu selalu 3G dan cakap benda bukan - bukan. Waktu tu Si Boroi pakai Hp canggih sikit la.
Entah bila gamba ini. Mata lagi besar dari hidung. hahaha.
Baju kurung. Of cos waktu raya. Nak balik kampung. Bila kakak - kakaknya semua berbaju kurung mesti la dia nangis - nangis nak pakai juga. Tapi waktu ni mak belum buatkan baju kurung untuknya. baju yang dipakai ini pun baju sepupu yang bagi. Ngam - ngam pulak tu. Selamat kami. Tak payah nak pujuk - pujuk dia lagi.
Merajuk sebab nak pakai make up juga. Sibuk je.
Ahad
Kamu baik.
Terima kasih kepada Si Boroi kerana bersusah payah masakkan Nasi Ayam Penyet untuk saya semalam. Huk3. Lama dah nak makan. Tak sangka kamu nak masakkah untuk saya sampai habis kotor seluar dan baju. Hikhik. Terharulah. Terima kasih.
- Saya sayang awak lah bro.
Isnin
Selesai satu lagi
Alhamdulillah. Seorang lagi rakan yang terdekat selesai menamatkan zaman gadisnya. Ayat klise yang selalu orang cakap ialah selamat pengantin baru moga kekal ke anak cucu. Memang klise, habis tu takkan nak wish yang bukan - bukan. Hehe.
ok. Aku memang taksemenggah pada hari tu. Gerak dari rumah pukul 6 sebelum subuh tau. Make up semua dah mencair dah. hahaha.
Rabu
Love gigit - gigit
Lirik lagu paling cute tahun ini jatuh kedebuk kepada :
AQASHA
OBSESIKU
---------------------------------------------------
Matamu…
Bibirmu..
Pipimu dan Juga Senyum mu
Membuat Aku Lebur Hanyut Di Dalam Ghairah Kernamu
TubuhMu..
HarumMu..
Hatimu Oh Semua Aku Mahu
*
Inginku
Luahkan Perasaanku
Membisikan Aku Cinta Kamu
Hadiahkan Asmara Disetiap Pagi HariMu
Dengan Harapan Agar Kau Tahu
Semoga Kau Tahu
Ku GilakanMu
Aura Mu Memujuk
Rayu Hatiku
Sering Bergoncang Jiwa Ini
Siang Malam Ku Gundah
Tiada Melihat WajahMu
Ku Rindu
Tubuh Mu Harum Mu Hati Mu Oh Semua Aku Mahu
-------------------------------------------------------
* Rasa macam baby pulak nak gigit - gigit bagai.
Lagu ini merupakan OST kepada drama 'Gemersik Kalbu ' lakonan Aqasha dan Ayu Raudah yang juga merupakan adaptasi dari sebuah novel.
Ahad
New Azam Year.
Pejam celik makin lama makin tua aku. Selamat tahun baru. Harap usia baru ini diberkati. Amin.
Azam tahun baru belum sempat difikirkan lagi kerana begitu banyak assignment yang perlu dihantar.
Mungkin azamnya masih sama kerana azam yang lama belum dilakukan secara istiqamah. Solat 5 waktu itu penting.
Langgan:
Catatan (Atom)