Rabu

Hepi Besday Ayah.

Hari ini , eh bukan. Semalam merupakan hari kelahiran Zawawe bin Abas @ ayah. Tahun ini ayah aku dah genap 50. Sebaya dengan Mr Os rupanya. Hihi. Tak lama lagi nak pencen dah. Wow. Apa la orang tua ini nak buat kalau duduk rumah je nanti? Gaduh dengan mak? Mungkin. Terpaksa teman mak pergi jalan - jalan? Mungkin. Marah adik - adik yang malas mandi. Mungkin. Ayah pun sama. Kemas rumah?Mustahil. Huh.!Mengaji. Pasti!
I Love U ayah. Nanti along balik kita beli kek ya. Kek pisang.Then makan kat KFC yang dekat depan rumah kita tu. Hihi.

Selasa

Crash

*Lagu ini tidak ada kena mengena dengan hidup aku. Lagu ini aku suka. Blog aku, aku punya suka.

Patah Seribu

Walau kau tiada di sini.
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah..

Isnin

Hari Mendung.

Tiada siapa yang mengerti aku..

Aku tawa dalam duka

Aku duka dalam luka..

Tiada siapa yang tahu aku

Aku gembira dalam sedih..

Aku sedih dalam pedih..

Aku sunyi..

Aku terlalu sunyi sendiri..

Tak mampu untuk berdiri..

Tak mampu untuk berlari..

Aku sepi..

Aku sepi sebegini..

Tenggelam timbul mencari diri..

Dalam duniawi bewarna warni..

Aku hampa..

Aku kecewa..

Terlalu seksa dijiwa..

Berselindung disebalik ketawa..

Aku derita..

Derita membuatkan aku lupa..

Derita menjadikan aku buta..

Lupa dan buta segala..

Sabtu

Melaka Bandar Bersejarah

Hati memang seronok di sana. Tapi itu dulu. Memang mahu pergi sekali lagi. Tapi kalau pergi hati ini akan tak tenang. Flashback akan bermula. Satu demi satu. Tiada yang tertinggal. Andai boleh hapus, apa cara sekalipun aku lakukan. Tapi tak mampu.

Selasa

Air Mata Air

Ada DUA titis AIR MATA mengalir di sebuah SUNGAI. SATU titis air mata itu MENYAPA air mata yg satu lagi,” Saya AIR MATA seorang GADIS yang MENCINTAI seorang LELAKI tetapi telah KEHILANGAN. Siapa kamu pula?”.

Jawab titis AIR MATA ke DUA tu,” Saya AIR MATA seorang LELAKI yang MENYESAL membiarkan seorang GADIS yang MENCINTAI SAYA berlalu begitu SAHAJA.”

Isnin

Big girl now!

Adik anis sudah dewasa. Mungkin dia akan kahwin dulu sebelum aku. Haha. Gila tak Laku aku ni kalau macam tu. Ok, adik anis sudah pandai membaca dan sudah suruh ayah belikan laptop. Hahaha.

Waktu ini belum pandai jalan. Tapi dia sudah start cam orang - orang sekeliling. Si boroi ini dia ingat sampai sekarang sebab dulu selalu 3G dan cakap benda bukan - bukan. Waktu tu Si Boroi pakai Hp canggih sikit la.

Entah bila gamba ini. Mata lagi besar dari hidung. hahaha.

Baju kurung. Of cos waktu raya. Nak balik kampung. Bila kakak - kakaknya semua berbaju kurung mesti la dia nangis - nangis nak pakai juga. Tapi waktu ni mak belum buatkan baju kurung untuknya. baju yang dipakai ini pun baju sepupu yang bagi. Ngam - ngam pulak tu. Selamat kami. Tak payah nak pujuk - pujuk dia lagi.

Merajuk sebab nak pakai make up juga. Sibuk je.

Tahun lepas 2011. Budak kecik ini sudah besar. Dah pandai berak, kencing sendiri dah. Dah pergi sekolah pun. Kaki pun dah besar. Dah ada saiz kasut. Tak payah letak tisu lagi dalam kasut. Rambut pun dah panjang. Perut buncit. hahaha.