Jumaat

Adele - Someone Like You


Haish. Ini kalau kekasih aku kahwin dengan orang lain ini tak ada masa aku nak buat-buat lagu sedih rupa ini. Nak tambah kesedihan sedia ada buat apa.

Nice Sad Song. Dengar banyak kali pun sedih juga walaupun tak ada kena mengena. Oh, Why.!

Khamis

Sistem Ini Mungkin Salah.

Apa kena agaknya dengan sistem jiwa aku. Mungkin ada yang kurang. Or mungkin terlebih kejiwaan. Manusia diciptakan oleh-Nya berpasang - pasangan. Begitu juga aku. Aku manusia. Tapi belum ada pasangan yang sesuai. Atau mungkin si dia pasanganya bukan aku?

Hidup ini kompleks. Element yang paling dekat dengan hidup adalah cinta. Setiap manusia ada perasaan cinta. Begitu juga aku. termasuk juga binatang. Bahkan benda yang bukan hidup juga direka dan dicipta oleh kita berpasangan untuk melengkapi sesesama mereka. Contoh, Sudu garfu, meja kerusi, dan sebagainya.

Setiap orang akan menyintai sesiapa sahaja atau mungkin seorang yang juga menyintainya, menjaganya dengan baik, menggembirakannya, mengabil berat tentangnya, dan segala perilaku yang menjurus kepada perasaan sayang menyayangi. Itu adalah sistem yang sepatutnya berlaku.

Lain pula aku. Nampaknya mengkin aku ada masalah dengan sistem yang berlaku terhadap diri aku sendiri. Betul, perasaan itu kompleks. Aku tak dapat untuk jelaskan perasaan aku. Walaupun orang yang aku sayang sentiasa membuat aku menunggu aku tetap sayang padanya. Kompleks untuk dijelaskan. Walaupun orang yang aku sayang ada masanya membuat aku menangis kesedihan aku tetap sayang padanya. Ianya kompleks dan sukar untuk dijelaskan.

Tanya orang kenapa aku masih menunggu aku tiada jawapan untuk diberikan. Hanya mampu berkata, aku belum mampu untuk menerima oran lain kerana dia masih dalam diri aku. Tapi aku akan belajar sedikit demi sedikit untuk melepaskan dia pergi jika dia bukan dicipta untukku.

Jika ada seseorang yang mencintai kau, hargailah dirinya sebaiknya. Sukar untuk kita memaksa dan menyuruh untuk seseorang mencintai kita. Walau sekuat mana dicuba jika dia tidak mampu untuk cinta pada kau perasaan itu tidak akan ada.

Ahad

Jalan - Jalan Cinta

Mana ada aku banyak duit. Keluar sebab nak seronok dengan teman - teman seperjuagan sahaja. Sebelum sibuk dikemudian hari baik bergerak sementara ada kelapangan ini. Oh,nak beli kasut. pergi kelas kena halau sebab pakai selipar jamban. Mana ada jamban. Selipar raya tu. Ada ke patut.

* Saya sayang anda - anda sekelian.

* Nasi adalah makan ruji.

Rabu

Its Time.

Selamat berkuliah. 4 bulan tak belajar ni mau benak otak aku. Nak tulis pakai pen pun terhegeh-hegeh. Tulisan dah buruk gila. Senget - senget bagai. Berdebar nak masuk kelas macam first time ni. Cett, tak guna punya perasaan. Cool sudahlah. Haish.

Ini pesanan khas untuk ANDE UMAR OSMAN, belajar rajin - rajin. Sem ini jangan nak main - main lagi. Gerak geri anda diperhatikan.