Khamis

Sistem Ini Mungkin Salah.

Apa kena agaknya dengan sistem jiwa aku. Mungkin ada yang kurang. Or mungkin terlebih kejiwaan. Manusia diciptakan oleh-Nya berpasang - pasangan. Begitu juga aku. Aku manusia. Tapi belum ada pasangan yang sesuai. Atau mungkin si dia pasanganya bukan aku?

Hidup ini kompleks. Element yang paling dekat dengan hidup adalah cinta. Setiap manusia ada perasaan cinta. Begitu juga aku. termasuk juga binatang. Bahkan benda yang bukan hidup juga direka dan dicipta oleh kita berpasangan untuk melengkapi sesesama mereka. Contoh, Sudu garfu, meja kerusi, dan sebagainya.

Setiap orang akan menyintai sesiapa sahaja atau mungkin seorang yang juga menyintainya, menjaganya dengan baik, menggembirakannya, mengabil berat tentangnya, dan segala perilaku yang menjurus kepada perasaan sayang menyayangi. Itu adalah sistem yang sepatutnya berlaku.

Lain pula aku. Nampaknya mengkin aku ada masalah dengan sistem yang berlaku terhadap diri aku sendiri. Betul, perasaan itu kompleks. Aku tak dapat untuk jelaskan perasaan aku. Walaupun orang yang aku sayang sentiasa membuat aku menunggu aku tetap sayang padanya. Kompleks untuk dijelaskan. Walaupun orang yang aku sayang ada masanya membuat aku menangis kesedihan aku tetap sayang padanya. Ianya kompleks dan sukar untuk dijelaskan.

Tanya orang kenapa aku masih menunggu aku tiada jawapan untuk diberikan. Hanya mampu berkata, aku belum mampu untuk menerima oran lain kerana dia masih dalam diri aku. Tapi aku akan belajar sedikit demi sedikit untuk melepaskan dia pergi jika dia bukan dicipta untukku.

Jika ada seseorang yang mencintai kau, hargailah dirinya sebaiknya. Sukar untuk kita memaksa dan menyuruh untuk seseorang mencintai kita. Walau sekuat mana dicuba jika dia tidak mampu untuk cinta pada kau perasaan itu tidak akan ada.

Tiada ulasan: