Rabu

Tersekat Di sini

Gelisah ini akan membunuhku.
Harap Allah tidak izinkan berlaku.
Bukan tidak mahu.
Tapi belum sampai waktu.
-
-
-
-
-
-


Ampunkan ku.

Ahad

Perasaan

Aku picisan.
Bukan, serpihan dari picisan itu
Tiada wangian lagi.
Punah semua.

Aku seperti lutsinar.
Kau tak nampak aku.
Bila kau meremang baru kau tahu hadirnya aku.

Aku bayang-bayang.
Terikat sahaja dengan kau.
Sedangkan kau redah sahaja kemana kau mahu pergi.
Tanpa pedulikan aku.

Isnin

Hitung

Rasanya kalau aku....

Mungkin tak nanti...

Mungkin?


Agaknya tidak.

Ianya akan sama sahaja.

Sabtu

Tik Tik Tik

Aku sibuk betul. Banyak kerja sekolah tak siap - siap lagi.

Tak ada masa yang lebih. Masa asyik tak cukup walaupun aku tak pernah bazirkannya.

Ahad

Ciri - cirinya

Aku tak cerewet pun. Hahaha. Tiba - tiba pulak. Baru - baru ini balik kampung sembang - sembang dengan adik aku pasal kahwin. Katanya insyaallah tahun depan kalau ada jodoh dan kewangan yang kukuh dia nak kahwin dah. Lalala. Adik aku nak kahwin? Aku pula masih terhegeh - hegeh. Tak tahu orang yang aku suka ini suka kat aku ke tak. Takkan tetiba nak ajak kahwin pula. Gelojoh lain macam tu.

Aku tak cerewet. Aku nak bakal suami aku macam ayah aku cukup. Ayah aku idola aku kot. Lelaki idaman Malaya kalah Rosyam Noor.

Ayah aku? Kenapa? Bagi aku ayah aku seorang yang seimbang. Balance.

Seimbang dunia dan akhiratnya. Itu yang penting. Kaya tidak miskin sangat pun tidak. Tapi seimbang. Hidup mewah tidak hidup merempat pun tidak. Kami 8 beradik cukup makan pakai. Itu memadai. Ayah aku kedekut tidak boros pun tidak. Tapi ikut keperluan. Apa yang penting didahulukan dahulu dan ikut pada kemampuan.

Yang penting ayah aku jadi sumber rujuk kami adik beradik. Itu kemimpinan. Dunia akhirat ayah aku boleh bimbing. Tak ada hal punya.

Kalau boleh aku nak bakal suami macam ayah aku. Walaupun banyak yang aku nak cuba buat tapi dia kata tidak aku tahu mungkin ada sebabnya. Tapi tidak yang melampau janganlah.

Bakal suami ,
Cukuplah awak sayang saya sungguh - sungguh dan hargai saya seadaanya saya janji akan hidup dengan awak sampai tua. Nanti kita sama - sama raikan uban yang pertama tumbuh dikepala. Kita sama - sama ketawa bila antara kita sudah tiada gigi. Hahaha. Dan saya janji akan sentiasa bersama awak senang walau susah.

I love U bakal suami.

Sabtu

Please No

Ya. Aku sedih sekarang. Rasa mahu pergi jauh -jauh.











~Indah jika dapat terbang~

Jumaat

Balik Raya

Yeay. Balik kampung. Naik bas pukul 4.30 hari ini yaw. Bas dah kemas, semua dah setel agaknya. Tinggal nak mandi, bersiap dan pergi. Si boroi hantar. Si boroi ini entah ke balik entah ke tidak. Asyik cakap "tengok la dulu,tengok la dulu." Haish, raya ni, takkan tak nak balik. Apa la.

Bila dah pulang ke kampung halaman al maklumlah tak ada internet. Kalau adik aku bayar dia punya broadband bolehlah aku online.
Tapi in case tak boleh aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Muslimim Muslimat. Kat kampung aku Hari raya haji meriah tau. Tak macam tak tempat lain. sebab tu kena balik juga.

Oh, tak lupa selamat hari lahir kat adik aku Mohd Aidil hafiz. Dia dulu lahir waktu raya korban.

Eh, sudahlah. Aku nak bersiap sedia dulu lah. Yes, memang awal lagi. So what?

Best juga kalau nenek aku masak rendang. Wah, rendang ayam!

Rabu

Kemam

Haish. Kawan - kawan ini. Tak tegur pijak kepala. Ditegur buat muka. Mana - mana aku juga nak menelannya.

Miss my Mom and Dad. Tunggu along balik. Im sad and i need you.

Selasa

Bulan sibuk sedunia

Oh no. November is coming. Taknak tapi kena tempuh juga la. Haish. Kalau tengok dairi aku bulan ini penuh dengan test, submission, presentation, television dan lain - lain lagi. Banyak ni tapi tak tahu mana nak start dulu.

Ok, lepas cuti raya baru fikir boleh tak? Tapi kang tak terkejar pulak. Oh man! Semuanya lepas raya nak hantar ni. Nampaknya raya dalam timbunan kerja la ni. Haha, over! Raya Haji je pun.

Sebaiknya sign out dari berblogging dan faceboking

Jom, Kerja!!