Jumaat

Balik Raya

Yeay. Balik kampung. Naik bas pukul 4.30 hari ini yaw. Bas dah kemas, semua dah setel agaknya. Tinggal nak mandi, bersiap dan pergi. Si boroi hantar. Si boroi ini entah ke balik entah ke tidak. Asyik cakap "tengok la dulu,tengok la dulu." Haish, raya ni, takkan tak nak balik. Apa la.

Bila dah pulang ke kampung halaman al maklumlah tak ada internet. Kalau adik aku bayar dia punya broadband bolehlah aku online.
Tapi in case tak boleh aku disini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Muslimim Muslimat. Kat kampung aku Hari raya haji meriah tau. Tak macam tak tempat lain. sebab tu kena balik juga.

Oh, tak lupa selamat hari lahir kat adik aku Mohd Aidil hafiz. Dia dulu lahir waktu raya korban.

Eh, sudahlah. Aku nak bersiap sedia dulu lah. Yes, memang awal lagi. So what?

Best juga kalau nenek aku masak rendang. Wah, rendang ayam!

Tiada ulasan: