Ahad

Insaf 2 saat.




Lawatan ke rumah Sinar Salam yang berada berhampiran dengan Chow kit amat membuatkan aku insaf. Tapi belum tahu insaf dalam kadar yang lama atau sekejab. Biasalah, aku manusia. Melayu tanpa campuran pula tu. Lawatan ini diadakan di bawah subjek Bengkel Penulisan Skrip dan lawatan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi cerita untuk mendapatkan idea dalam penulisan skrip. Lebih kurang begitulah.


Sebernarnya, bermacam - macam kisah yang aku dapat dan telah dikongsikan oleh clien - clien yang berada di rumah Sinar Salam. Korang semacam confius. Rumah Sinar Salam merupakan sebuah badan yang memberikan secebis harapan khususnya kepada wanita terutamanya yang terlibat dengan gejala - gejala yang tidak sihat antaranya dadah, ' kupu - kupu malam dan sebagainya.

Aku tak ambil gambar bersama clien di rumah itu kerana tiada sebab. Mungkin aku lupa. Oh, gambar tidak penting untuk report ini. Isinya lagi penting. Tapi aku sempat untuk posing - posing bersama kawan - kawan di luar kawasan Rumah Sinar Salam.

* Kami dengan wajah ceria walaupun bangun pada awal pagi. Ngantuk gila.

Isnin

Tiada Istilah Kekasih. Apatah lagi hari kekasih.


Selamat hari kekasih kepada yang ada kekasih. Aku tak ada. Kalau ada pun aku tak sambut. Sekian. Saja update blog semperna 14 feb ni.

Menurut Mufti perak :

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada setiap Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu.

So, kalau dah tau salah.. Jangan pandai - pandai nak buat lagi.


Rabu

Kerinduan


Bicara Pada Bintang
Rossa

Tiga waktu berlalu
Rentang hatiku menyayat
Wajah kasih yang dulu
Hadir dalam tidur

Malamku penuh mimpi
Pertemuan tak terjamah
Sinar di ujung sana
Menerangimu

Pernah kau berkata
Bila ku merindu
Bicara saja bintang kan mendengar
Maka kau kan merasakannya

Aku tahu diri
Semua takkan mungkin
Biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
Takkan terlupa sampai kau menua
Biar saja

Hujan di ujung bulan
Biar jadi saksi hati
Betapa pun mencinta
Ini takkan mungkin

* Rindu kamu. Sangat.

Ahad

Kasut merah pujaan


Perempuan ni kadang - kadang pelik. Terutamanya aku. Sekarang aku tengah mengidam nak beli kasut. Kaki aku ikut kasut. Kadang - kadang size 4 kadang - kadang 5. Maklumla,,cinderella.
( konon )

Sekarang mood aku tak berapa nak elok. Sebab itu aku nak macam - macam. Tapi kalau mengidam nak beli kasut tu macam - macam ke.? Normal saja kan.?

Yela. Aku mengaku. Aku memang banyak kasut. Ada. Dalam kotak atas almari. Bukan tak nak pakai tapi 'mereka' sangat cantik. Takkan nak pergi kandang pun nak pakai
( kandang itu kat tempat aku tempat makan )

Walaupun aku kurang ketinggian aku lebih suka pakai flat shoes sebab ianya lebih selesa dan aku rasa ianya lebih ' jijak ' tanah la. Tak ada la jalan terhuyung - hayang.

* Dah lama teringin nak beli kasut flat merah tapi tak ada yang sesuai la. tak ada size la. hish!