Ahad

Insaf 2 saat.




Lawatan ke rumah Sinar Salam yang berada berhampiran dengan Chow kit amat membuatkan aku insaf. Tapi belum tahu insaf dalam kadar yang lama atau sekejab. Biasalah, aku manusia. Melayu tanpa campuran pula tu. Lawatan ini diadakan di bawah subjek Bengkel Penulisan Skrip dan lawatan ini diadakan bertujuan untuk berkongsi cerita untuk mendapatkan idea dalam penulisan skrip. Lebih kurang begitulah.


Sebernarnya, bermacam - macam kisah yang aku dapat dan telah dikongsikan oleh clien - clien yang berada di rumah Sinar Salam. Korang semacam confius. Rumah Sinar Salam merupakan sebuah badan yang memberikan secebis harapan khususnya kepada wanita terutamanya yang terlibat dengan gejala - gejala yang tidak sihat antaranya dadah, ' kupu - kupu malam dan sebagainya.

Aku tak ambil gambar bersama clien di rumah itu kerana tiada sebab. Mungkin aku lupa. Oh, gambar tidak penting untuk report ini. Isinya lagi penting. Tapi aku sempat untuk posing - posing bersama kawan - kawan di luar kawasan Rumah Sinar Salam.

* Kami dengan wajah ceria walaupun bangun pada awal pagi. Ngantuk gila.

Tiada ulasan: