Kalau lah aku diberi peluang untuk tukar salah satu bahagian yang ada pada aku, aku akan tukar gigi aku. Gigi aku tak ada la buruk tapi agak dan memang bersepah pun. Nanti kalau ada duit lebih aku nak pakai kawat gigi tu. ( dah lama nak buat tapi duit tak ada yang lebih, asyik tak cukup saja ).
Sebab - sebab aku nak pakai kawat di gigi adalah kerana :
1 - Aku jeles dengan kawan - kawan aku yang boleh senyum dengan puas dengan gigi mereka yang tersusun indah.
2 - Nanti aku kahwin mesti aku gumbira kan, jadi kalau gumbira mesti kena senyum puas - puas. Jadi aku perlukan sebaris gigi yang cantik dan indah.
3 - Ayah aku suka perli - perli gigi aku padahal aku satu family gigi satu patern je. semua bersepah. yelah, gigi ayah aku paling cantik la.
4 - Nanti lepas makan aku tak perlu terhegeh - hegeh tanya kawan sebelah " weh, ada pape tak kat gigi aku. hee~~
5 - Ada banyak lagi sebab tapi aku dah lupa. kira halal saja lah.
* Tak elok betul anak dara camni.
* Yang gigi bersepah tu aku la. Sebelah tu pasangan aku. heh!my kipas susah nak mati a.k.a era.