Jumaat

Selamat tinggal Sayang


Hari ini pergi ofis pakai baju kebaya. Jalan punyalah lengang mak minah sekali tiba - tiba rasa macam tapak kaki sejuk - sejuk plus sakit - sakit. Sekali ushar kat bawah tengok - tengok kasut yang aku beli Rm10 kat Alamanda Putrajaya ini nampaknya dah berlubang. Patut la sejuk - sejuk. Aduh, spoil betul. Baru nak cun - cun hari ini. Sengaja kan? Sengaja nak beli kasut baru kan? nasib baik rumah lagi dekat dari Vinnci, kalau tidak... faham - faham la.

Ini bukan kasut pertama aku yang koyak secara tiba - tiba tapi kasut ke... banyak kali dah koyak. Oh no. Kasut dah berkurangan. Siapa cakap aku ada banyak kasut? Mana ada. Banyak yang konyak adalah. Nak kasut baruuuu...

* dari depan nampak macam elok lagi kan. Boleh lagi ni nak pakai main kejar - kejar dengan lembu kat kampung tu.

* Mari kita zoom in. Tapak dia sebenarnya dah hancuss dah. Tapi aku gagah lagi untuk memakainya. Kasut murah ini sangat selesa dan lembut tau.

* Ha, ni site tepi dia. Nampak tak yang terbuka - terbuka tu? Kat situ la jari - jari comel aku keluar untuk mendapatkan oksigen. Hurm, Sedih. Sayang kasut ni.

* Ha, ini satu lagi kasut feberet aku. Susah dah nak kasut kaler macam ni tau. Boleh pulak dia koyak. Nanti aku nak try guna gam gajah. Kalau still ok, why not aku pakai lagi. Membazir amalan syaiton...

Rabu

Merasa



Kau jangan cakap pasal orang. Kalau kau lalui baru kau rasa. Mari duduk di tempat aku dan merasa.

Isnin

Satu lagi selesai


Tahniah kepada kawan ku yang SEBAYA dengan aku yang telah bertemu jodoh dan telah selamat duduk sama - sama sebagai suami isteri pada 19 JUNE 2011.

Selamat pengantin baru Nadia dan Ruslan. Cehh,,aku yang patut kawen dulu
( konon laku sangat )

* Kawan - kawan yang belum mampu kawen. Ahah!

* Ambik berkat. Lepas ni turn aku pula. Bissmillah.... Fuhh.. Gatai.

* Semua ni hantu makan. Makan Free. Layan. Lauk sedap!

Sedih. Gembira. Neves. Semua ada. Macam aku pula nak kawen. Haha. Nadia. Duduk elok - elok ok. Dah tak nak gaduh - gaduh lagi ok. Ni dah masuk alam baru tau. Cepat dapat baby. Auumm.. I Love U.

Selasa

Nak kena tumbuk ?


Iya, saya mengaku saya rindu awak.

So, apa awak nak buat?

Takkan tunggu je.

Saya rindu awak la bongok.

Tak faham ke?

Aku sangat over kan ?

Isnin

Kerja bukan Jalan - jalan.


Hey, aku dah besar tau. Aku ada pasport sendiri. Kalau kecil - kecil dulu tumpang pasport ayah ke masuk ke siam. Hee~.

You ouls.. I baru balik dari Singapore!!!!!! Seronok!!!!!! Cehh,,tipu saja sebenarnya. Bukan, memang aku ke sana tapi bukan untuk bersuka ria. Kerja. Ni first time aku join job shooting luar dan terus ke Singapore. Semuanya first time lah.

Aku shoot dokumentari untuk Tanjong Pagar KTM Station. Korang tau tak lepas 30 June Tanjong Pagar tak akan ada lagi dan tanah di Tanjong Pagar yang merupakan hak milik Malaysia akan bertukar menjadi hak milik Singapore. So aku sangat terharu kerana diberi peluang menjadi salah seorang krew produksi dalam mem'bikin' dokumentari ni. Sangat touching sebernanya. Malaysian yang berada di sana sangat sedih kerana Tanjong Pagar membangkitkan pelbagai kenangan untuk mereka.


* Sekitar Tanjung Pagar KTM.

Kalau aku ada duit banyak aku dah beli buah tangan untuk you ouls tau. Tak sempat nak ambil gambar pun. Hish, itu yang tak seronok tu sebenarnya. Tak bawa kamera pun. Nak pakai kamera handphone, kalau on handphone kredit ditolak pulak.

* Antara krew yang sibuk menyibuk di Singapore
* Tunggu teksi, ushar - ushar barang walaupun tiada wang der..

Rabu

Memang aku SUPERHERO


Akhirnya. Rezeki bergolek di depan mata. Sila jangan cemburu. Aku dah ada baju Superman. Aku tak beli. Itu yang penting. Hehe. Tiba - tiba Si dia datang rumah bawa untuk aku t - shirt yang aku idamkan. Hey awak, kalau awak baca saya nak cakap terima kasih. Kalau awak baca. Tapi kalau awak baca saya malu pula. Ish, apa - apa aje la.

* Cemburu bukan? Haha. Ada aku kisah?

* Ini dia punya paper bag. Sangat style

* Ini price tagnya. Kreatif banget.

* Gambar gelap sebab capture waktu malam. Sebab tak sabar nak upload dan show off.