Jumaat

Selamat tinggal Sayang


Hari ini pergi ofis pakai baju kebaya. Jalan punyalah lengang mak minah sekali tiba - tiba rasa macam tapak kaki sejuk - sejuk plus sakit - sakit. Sekali ushar kat bawah tengok - tengok kasut yang aku beli Rm10 kat Alamanda Putrajaya ini nampaknya dah berlubang. Patut la sejuk - sejuk. Aduh, spoil betul. Baru nak cun - cun hari ini. Sengaja kan? Sengaja nak beli kasut baru kan? nasib baik rumah lagi dekat dari Vinnci, kalau tidak... faham - faham la.

Ini bukan kasut pertama aku yang koyak secara tiba - tiba tapi kasut ke... banyak kali dah koyak. Oh no. Kasut dah berkurangan. Siapa cakap aku ada banyak kasut? Mana ada. Banyak yang konyak adalah. Nak kasut baruuuu...

* dari depan nampak macam elok lagi kan. Boleh lagi ni nak pakai main kejar - kejar dengan lembu kat kampung tu.

* Mari kita zoom in. Tapak dia sebenarnya dah hancuss dah. Tapi aku gagah lagi untuk memakainya. Kasut murah ini sangat selesa dan lembut tau.

* Ha, ni site tepi dia. Nampak tak yang terbuka - terbuka tu? Kat situ la jari - jari comel aku keluar untuk mendapatkan oksigen. Hurm, Sedih. Sayang kasut ni.

* Ha, ini satu lagi kasut feberet aku. Susah dah nak kasut kaler macam ni tau. Boleh pulak dia koyak. Nanti aku nak try guna gam gajah. Kalau still ok, why not aku pakai lagi. Membazir amalan syaiton...

Tiada ulasan: