Sabtu

Sejenak di dalam bas


Sudah lama tak naik bas. Aku tak suka naik bas. No. Bukan sebab aku demand. Tapi dalam bas banyak masa terbuang. Bila sudah ada masa terbuang yang terluang otak aku yang karat ini akan mula memikirkan perkara - perkara yang tak patut aku fikir lagi. Barang yang lepas jangan dikenang tapi time naik bas itu juga la nak dikenang - kenang. ( Pepatah pepatung pula )

Bila dah barang yang lepas tu mesti la barang - barang yang aku tak suka untuk fikir. Tapi aku rasa berfikir di dalam bas merupakan salah satu penawar yang baik jika mengalami Jiwa luka. Sebab, hanya otak sendiri yang fikir, tiada otak kawan - kawan yang kononnya turut simpati dengan ceritera sedih kita.

Aku tak ada lah masalah yang kritikal sangat tapi alangkah bagusnya jika ada ubat untuk lupakan masa lampau. Haha. Masa lampau aku bukan teruk sangat pun. Tapi aku ada kisah sedih yang aku tak ingin nak ingat.

Bila difikirkan balik, baru aku sedar aku ini penyabar orangnya. Aku bukan nak puji diri sendiri tapi yes, aku penyabar orangnya. Kalau kau berada di tempat aku belum tentu kau boleh sekuat aku. Aku sabar bukan sebab aku bodoh atau suka diperbodohkan tapi aku sedar bahawa sifat sabar itu indah. Sabar separuh daripada iman. Walaupun aku tidaklah begitu warak, tapi aku masih ada sedikit keimanan yang boleh mengawal diri aku dari membazir waktu melakukan perbuatan yang menyedihkan mak ayah aku lagi.

Mak, Ayah.. Along minta maaf.

Tiada ulasan: