Isnin

Adaptasi yang salah


Ok, aku budak filem. No,aku budak belajar filem. Aku belajar sebab aku tak tahu. So, bila orang yang hebat berkata - kata mengenai filem, aku dengar. Menyampuk jauh sekali. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu. Tak perlu nak buat - buat tahu. Kata belajar. Kalau aku dah tahu aku tak belajar,aku mengajar. Ya tidak?

Tapi aku ada pendapat sendiri. Susah nak share dengan orang yang tahu filem sebab aku tak tahu sedalamnya. Ok, aku memang ada belajar mengenai bahasa filem. Tahu? Contoh, penggunaan warna. Putih untuk watak baik amat dan hitam untuk watak jahat amat. Ok, aku tahu definasi lakonan adalah gerak geri atau perlakuan manusia yang diambil dan ditiru dari kehidupan sebenar atau watak sebenar. Faham? Ini definasi aku sendiri. Ok,so maknanya lakonan ini ditiru dari real life la. Itu boleh aku terima. Sebab tu banyak cerita yang klise. Kadang - kadang bukan sebab cerita kat TV tu sama dengan cerita lain tapi sama dengan kehidupan sekeliling kita. Ya tidak?

Tapi, bukan itu yang aku nak share kat sini. Tajuk sebenarnya ialah boleh tak kita jugde orang based on bahasa filem tadi. Means orang pakai baju putih baik dan orang pakai baju hitam jahat? Hish, kalau ikutkan aku mana boleh. Aku suka baju hitam aku tak ada la jahat sangat pun. Aku suka putih tak ada la aku baik sangat pun.

Sebenarnya aku baru - baru ini ada lepak - lepak dengan orang yang agak hebat dalam bahasa - bahasa filem ini. Kiranya apa yang maksud- maksud tersirat terselindung semua dia tahu lah. Cehh.. Aku tahu ilmu dia tinggi melangit tapi aku rasa dia tak boleh jugde orang based on bahasa filem yang dia serba tahu tadi. Dia ada cakap dia lihat muka seorang mahkluk Tuhan ini nampak seakan - akan hitam, tiada cahaya yang terpancar diwajah. Kalau based on bahasa filem kalau watak - watak sedemikian kiranya watak jahat la kan. Tapi in real life bahasa filem susah la aku nak terima pakai. Entah - entah mahkluk Tuhan tadi burn sebab baru beli bercuti kat tepi pantai ke, tak pun dia lupa nak put some make up ke apa ke kan? tak pasal - pasal dia kena tuduh bukan - bukan. And, kalau dia jahat pun, lantak la kat dia. Kau pun bukan sempurna sangat la weh.

Mak aku cakap " kalau kau cakap orang buruk maknanya kau kutuk ciptaan Tuhan,"

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling Ummpphh..

Tiada ulasan: