Khamis

Bakal suami, tolong jangan merokok.


Harga rokok sekarang tak hingat punya mahal. Tak faham aku. Rm10. Boleh makan Pilaf Rice With Hot Wings Pizza Hut kot. Rugi - rugi. Lapar tiba - tiba.

Bakal suami, kalau boleh saya tak mahu awak merokok. Saya bukan kisah pasal duit. Tapi saya tak nak awak tinggalkan saya dan anak - anak kita nanti. Sumpah Tak Nak! Awak tahu tak harga sekotak rokok boleh beli sekilo ayam untuk saya masak ayam masak merah untuk kita makan sama - sama.

Ok. Awak nak beli sebatang? Berapa harganya? 50 sen aje? Ok, katakan 50sen. Saya dapat info ni dari kampen Tak Nak tau.

1. 24 sen untuk cukai hasil tembakau.
2. 14 sen untuk untung pekilang rokok.
3. 5 sen untuk peruncit.
4. 1 sen untuk pemborong / pengedar rokok.
5. 1 sen untuk penanam / pengawit tembakau.

> 24 +14 + 5 + 1 + 1 = 45 sen.

Maka, harga rokok sebatang 5 sen je der.

Tambahan pula. Setiap batang rokok yang dihisap awak akan memperolehi :

1. 20 kali kanser paru - paru.
2. 10 kali penyakit yang mengancam paru - paru.
3. 4 kali ancaman serangan jantung.
4. 2 kali risiko serangan strok.
5. 50% risiko kematian

Hish, tengok tu. Saya kahwin dengan awak bukan saya nak awak tinggalkan saya sebab penyakit seperti yang di atas tu. Biarlah kita hidup sampai ke tua, sempat tengok cucu - cucu kita dulu. Saya bukan nak lawan takdir. Iya, saya tahu ajal maut ditangan tuhan. Tapi kita boleh jaga diri kita dari terjebak dengan penyakit - penyakit tu semua kan.

Saya sayang awak my future Hubby.

Tiada ulasan: