Ahad

Kisah lama terungkit di hati.

Memang aku tak ambil. Berhenti tunding jari pada aku. Betul. Aku bukan seperti yang kau dan mereka sangka. Berhenti jual maruah aku. Cukup

Harap ada seorang hero datang kepada mereka untuk memberi kebenaran dan tegakkan keadilan. Sangat berharap.

Ya, Aku tahu itu tidak mungkin.

Nampaknya sampai bila - bila maruah aku dijual.

Sabtu

Syukur

Lapar. Hari ini aku makan meggi sahaja. Ini dinamakan penjimatan. Bila dah tiada duit baru nak beringat. Adess.

Mak call. Terus terang cakap dah out of money. Dua tiga hari lagi nak bayar sewa rumah pulak. Adess. Tak nak susahkan ayah tapi i have no choice. Tak apa. Tahan sikit lagi. Next week dah nak balik kampung dah. Boleh makan mak masak!

Ok la dapat makan meggi. Ada orang tu. Makanan dia adalah sampah. Dia makan sampah. Sampah yang busuk tu. Lagi azab hidup dia.

Syukur. Alhamdulliah. Terima kasih Allah, Ayah, Mak, Si boroi dan semua yang terlibat dalam penambahan lemak aku.

-Amin-

Jumaat

Belajar kurang. Bergedik lebih.

Memang aku gemuk dan sihat dan bahagia dengan kegemukkkkkkkan aku sekarang. So what?

Dari pagi sampai ke malam hari semalam (semalam - jumaat, coz hari ini dah sabtu ) kami satu geng ada task untuk melawat Galeri Bank Negara. Cantik siot. Sila pergi dan alaminya sendiri. Aku tak dapat nak gambar di galeri tu. Takut - takut karang disaman pulak. Hakcipta kan. Jadi merujuk tajuk di ataskan. Sebenarnya. Pergi tengok galeri yang wajib untuk kelas tu sekejab saja. Merewang yang lebih. Duit pun habis. Haish!

Kami berlima sebernarnya. Yang seorang lagi tak nak bergambar katanya hilang seri nanti nak kahwin. Cehh, menyampah! ( Ayat hasad dengki )

Ini terhegeh - hegeh bergambar dalam lif. Yes, memang kami gila. Tu,,yang nak kahwin tu dan2 senyum. Eleh, takut hilang seri la apa la. akhirnya tewas. Hahaha.

Lin masih tercari - cari shot yang cantik untuk mendapatkan shot ala - ala Siti Nurhaliza palsu.

Memang nampak macam kurus. Sebab kami belum makan apa - apa lagi hari ini.

Khamis

Antibodi

Kesian, si boroi tiba - tiba deman. Demam dengan teruk. Merengek - rengek macam baby tapi tak comel sebab agaknya sudah tua. Hahaha. Comel sebenarnya. Comel tapi mengada. Risau tapi buat - buat cool sebab mak cakap kalau orang tu sakit then kita sedih macam kita tambah lagi sakit dia. Sama macam ayah aku waktu adik aku accident. Dialah orang paling cool. Tapi rupa - rupanya kantoi nangis sorang - sorang.

Tak boleh isi full gambar nanti si boroi ni perasan dia hensem. Tolonglah.

Towel sejuk yang dibancuh dengan air asam jawa. Kawan - kawan punya petua.

Oleh kerana teruk juga demamnya, dua hari selepas demam teruk si boroi kena tahan kat wad. Masuk air pakai jarum yang besar. Sebak tapi biasalah, buat - buat cool. Tapi mungkin sebab ada kawan. Malu la nak nangis - nangis bagai. Tak BALKES la kalau nangis!
Boroi, Cepat sihat Ok! Kalau antibodi ni boleh main pindah - pindah. Dah bagi dah sikit. Betul.
Saya akan jaga awak sampai awak tua. Sampai muka awak kedut - kedut and sampai gigi awak tak ada. Itu pun kalau kita ada jodoh la kan. Awak kan nak kahwin dengan Shakira waka -waka. Menyampah!
Dia cantik sebab plastic surgery la.

Selasa

Pulang dari berbudaya.

Aku dan rakan - rakan sekelas baru pulang dari trip di bawah subjek Material Cultural. Tak jauh, Sekitar Selangor sahaja, di Kampung Sg Haji Durani. Terima kasih orang kampung yang sangat sporting. Walaupun pergi sehari tapi enjoy. Tapi kecewa sikit sebab tak dapat tengok kelip - kelip tapi ditebus dengan mandi air terjun. Aku lupa nama tempat tu.

Biasalah. Pergi lawatan sambil belajar. Belajar sikit tapi melawat saja lebih. Bukti? Nah!

Ini budak - budak kelas yang gila plus lecturer yang sporting habis. Plus kameraman yang tak boring nak ambil gambar kami. Kesian. Gambar dia ada la sekeping dua ja.

Gila tak panas duduk atas simen tengah hari buta. Tahan saja la sebab konon - konon comel la tu. Perasan. Bunuh Diri!

Ok. Memang nampak buruk sikit tapi yang inilah lompatan paling cantik dari kami. Dengan susah payahnya kami melompat. Orang tengok? Ada kami kesah? Mereka sedang jealous la tu. Credit tu kameraman. Haha. Ayat dia "nak lagi?" Perli kami. Tau..

Makan aiskrim murah. Dah lama tak jumpa. Kat kampung aku walaupun kampung dah tak ada orang jual aiskrim naik motosikal tu. Kalau ada pun kami dah tak layan. Sebab nenek kami cakap kotor. Orang tu kencing tak basuh lepas tu pegang aiskrim lepas tu kita makan. Tu yang jadi sedap tu. Uweekk.!

Sabtu

The kala gemyris

Ini fakulti aku punya band. Kawan - kawan sebenarnya. Takkan band pakai baju melayu kan. Bukan, band ini ala - ala kopratasa sikit. Nyanyi lagu - lagu puisi gitu. Dah lama diorang tak perform. Masing - masing sibuk mungkin. Diorang ni pun dapat perform sebab kat fakulti aku ada Malam Seni Casa. Meriah tapi kurang audience sebab hujan. Yang besar kat tengah - tengah tu si boroi.

Rabu

Hope

Sabar itu Indah. Indah itu aku. Aku dan Dia.

Selasa

Rambut Mahkotanya.

Hihi. Yang sebelah kiri tu brader dan yang sebelah kanan tu pun brader juga. Walaupun dari belakang nampak macam awek seksi tapi realitinya dia adalah lelaki.
Pengajarannya di sini pada aku ialah, Sila pastikan rambut aku sihat seperti brader di atas. Tolong malu sikit ye pada brader ini yang amat titikberatkan kesihatan dan kecantikan dan kekemasan dan ketidakrosakkan rambutnya.
Rambut aku entah apa - apa. Entah apa masalah pun tak tahu. Haish, malu...

Isnin

Penangan


Idea, Tolong jentik dan belai otak aku. Aku butuh idea.

Ahad

Salah tak salah

Kita memang tak boleh lari dari buat kesilapan. Kita manusia. Semua sama. Buat silap itu biasa.

Tapi yang luar biasa ialah apabila salah yang sama itu kita ulangi dengan sekerapnya sehinggakan yang salah itu tidak menjadi salah lagi.

Menyesal tak guna. Masa tak boleh kembali.

Sebaiknya, berhenti melakukan kesalahan itu dan jadikan ianya sebagai pengajaran. Jangan salahkan sesiapa. Yang salah adalah diri sendiri. Kalau diri tidak mendorong ianya tak akan menjadi.

Ya, Allah. Tetapkan Iman hambaMu ini.

Khamis

Tengok The Teater Mahal


Semalam aku dengan rasa bangganya pergi tonton The Secret Life of Nora. Ala, teater yang Si puteri Gunung Ledang belakon tu. Best juga walaupun perjalanan ceritanya agak lembab. Aku rasa set prop , lighting dia berjaya membuatkan penonton tak boring. Cantik siot. Aku dah rasa macam nak naik stage tu pecahkan segala benda yang ada. Cemburu tengok semuanyanya hebat. Kreatif seh. Sorry, aku tak sempat nak ambil gambar untuk share kat you orang. Aku tak bawa kamera. Aku pergi pun sebab last minit dapat tiket free tau. Jadi alang - alang dah kena buat review untuk teater aku gagahkan saja walaupun perut aku meragam mengada - ngada.

Motif? Memang tak ada motif aku buat kepala macam tu. Nak kata comel aku tengok macam entah apa - apa ja. Pelik dan cacat.

Iya. Berat badan memang dah naik sikit. Tak banyak 3 kilo sahaja. Still ok sebab semua baju muat lagi. haha.
Ini Yana. Syazaliana. Dia merajuk - rajuk dengan semua orang sebab nak tiket ini tau. Dan akhirnya dia berjaya. Tahniah. Haha.

* Kenapa aku terteleng pun aku tak tahu. Kasut baru itu membuatkan kaki aku melecet teruk. Dan hasilnya kaki aku nampak buruk.

Rabu

Makan tetap makan.

Inilah jadinya bila konon - kononnya sibuk. Haish, bukannya sibuk sangat tapi tak sempat nak makan. Terkejar sana sini. Hari ini aku ada photoshoot untuk subjek Produksi Teater Tradisional. Acehh, Photoshoot la sangatkan.

Aku dah la janji dengan orang nak datang cepat boleh pulak depan rumah ada anjing tengah bercinta. Karang aku lalu dapat penyakit pula. Aku dengan bodohnya tunggu la sampai anjing itu habis bercinta. Tau tak? Setengah jam aku tunggu tengah panas terik semata - semata nak saksikan drama anjing tu. Adeh, lagi stress lagi bila call semua orang tak jawab pula. Si buncit mungkin tak bangun tidur lagi. Yang lain - lain pula tak tahu la apa yang dibuatnya.

Aku janji dengan orang pukul 2 tapi 2.45 baru aku sampai. Jalan kaki tengah panas. Lapar. Dahaga. Sakit kaki. Marah - marah sayang. Semua la ada.

So bila sudah lapar amat ini la habuannya. Nasi carrot satu. Perggh.. Sedap amat. Sambal dia tu tak tahan. Adehh. Kaki melecet.

Isnin

Serabut Amat

Tepat sekali. Sem ini memang sangat sibuk. Kalah menteri. Heh, Menteri suruh orang bawah buat je kan. Ok, Sekarang pukul 3 setengah pagi. Jam kat blog ini mereng sikit. Entah pukul berapa entah. Aku baru siapkan suku dari apa yang aku patut buat.

Oleh sebab banyak sangat aku konfius nak start yang mana satu dulu. Yang itu tak ada idea. Yang ini tak cukup bahan. Yang sana kena bincang dengan group. Yang sini pula, entah. Bila agaknya nak siap?

Ok now, dari aku terhegeh - hegeh menghabiskan masa baik aku tidur dulu. Esok bangun awal
( konon ) dan boleh buat apa yang patut. Mungkin wotak ini sudah teepppuuu..

P/s : Hey bakal suami. Selamat malam. Mimpi sayang
.

Selasa

Kau Ke Kiri Aku Ke Kanan

Ok. Sebab sudah biasa hari - hari makan sama - sama and setiap hari mesti kena jumpa aku jadi kekok bila kau sibuk dan aku juga sibuk.

Tak aku tak marah. Betul. Merajuk pun tidak. Cuma sekarang membiasakan diri. Dan rasanya aku Ok. Kot. Ok. Ok. Pasti.


p/s : miss u and hope u miss me too bbe.

Isnin

Penyemak Otak.

Kau jangan nak banyak tanya pasal kisah cinta aku. Kau jangan nak show off apa yang boyfriend kau buat untuk kau. Aku sedikit pun tiada rasa cemburu. Aku lain dan kau lain. Nanti aku kahwin for sure aku jemput kau. Aku pula nak show off.

Mood : Bengang