Semalam aku dengan rasa bangganya pergi tonton The Secret Life of Nora. Ala, teater yang Si puteri Gunung Ledang belakon tu. Best juga walaupun perjalanan ceritanya agak lembab. Aku rasa set prop , lighting dia berjaya membuatkan penonton tak boring. Cantik siot. Aku dah rasa macam nak naik stage tu pecahkan segala benda yang ada. Cemburu tengok semuanyanya hebat. Kreatif seh. Sorry, aku tak sempat nak ambil gambar untuk share kat you orang. Aku tak bawa kamera. Aku pergi pun sebab last minit dapat tiket free tau. Jadi alang - alang dah kena buat review untuk teater aku gagahkan saja walaupun perut aku meragam mengada - ngada.
Motif? Memang tak ada motif aku buat kepala macam tu. Nak kata comel aku tengok macam entah apa - apa ja. Pelik dan cacat.
Iya. Berat badan memang dah naik sikit. Tak banyak 3 kilo sahaja. Still ok sebab semua baju muat lagi. haha.
Ini Yana. Syazaliana. Dia merajuk - rajuk dengan semua orang sebab nak tiket ini tau. Dan akhirnya dia berjaya. Tahniah. Haha.
* Kenapa aku terteleng pun aku tak tahu. Kasut baru itu membuatkan kaki aku melecet teruk. Dan hasilnya kaki aku nampak buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan