Aku dan rakan - rakan sekelas baru pulang dari trip di bawah subjek Material Cultural. Tak jauh, Sekitar Selangor sahaja, di Kampung Sg Haji Durani. Terima kasih orang kampung yang sangat sporting. Walaupun pergi sehari tapi enjoy. Tapi kecewa sikit sebab tak dapat tengok kelip - kelip tapi ditebus dengan mandi air terjun. Aku lupa nama tempat tu.
Biasalah. Pergi lawatan sambil belajar. Belajar sikit tapi melawat saja lebih. Bukti? Nah!
Ini budak - budak kelas yang gila plus lecturer yang sporting habis. Plus kameraman yang tak boring nak ambil gambar kami. Kesian. Gambar dia ada la sekeping dua ja.
Gila tak panas duduk atas simen tengah hari buta. Tahan saja la sebab konon - konon comel la tu. Perasan. Bunuh Diri!
Ok. Memang nampak buruk sikit tapi yang inilah lompatan paling cantik dari kami. Dengan susah payahnya kami melompat. Orang tengok? Ada kami kesah? Mereka sedang jealous la tu. Credit tu kameraman. Haha. Ayat dia "nak lagi?" Perli kami. Tau..
Makan aiskrim murah. Dah lama tak jumpa. Kat kampung aku walaupun kampung dah tak ada orang jual aiskrim naik motosikal tu. Kalau ada pun kami dah tak layan. Sebab nenek kami cakap kotor. Orang tu kencing tak basuh lepas tu pegang aiskrim lepas tu kita makan. Tu yang jadi sedap tu. Uweekk.!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan