Isnin

Inilah Hasilnya


Ok. Walaupun duit aku tak ada la banyak sangat tapi aku sangat gembira bila dapat juga keluar berjalan - jalan bersama kawan - kawan yang tersayang dan juga awak yang tersayang. Dua hari keluar jalan - jalan. Kalau tak puas lagi tak tahu la. Haha.

Terima kasih awak bawak kami berjalan - jalan.

BTW, aku dah layan Nur Kasih The Movie. Hurm, sedikit kecewa kerana ada sesetengah watak yang ditunjukkan tak begitu kuat. Maksud, kalau tak ada pun tiada masalah. Tapi ada sesetengah part yang buat aku sangat sedih dan sambil itu dalam otak terfikir ' bilalah agaknya turn aku pulak untuk dapat cinta sejati ' cehh.

* Geng gemuk bulat - bulat apabila keluar berjimba.

Jumaat

Seronok!


Akhirnya. Setelah lama duduk goyang kaki di rumah, esok seperti yang dirancang ( harap menjadi ) kami akan keluar. Yeay! Sangat seronok dan tak sabar. Harap esok semuanya ok.

Harap mood abang boroi saya ok bila nak layan kerenah kami yang sangat ngada - ngada nak berjalan keliling Malaysia esok ( konon ). Esok keluar berbekalkan gaji pertama kami yang tak sebesar mana tu. Oklah, boleh la dari tak ada langsung kan.

* Abang boroi jangan lupa pimpin saya. Saya takut orang simbah asid. Semua orang adalah suspek. Gedik untuk keselamatan.

Eh, baju apa nak pakai esok? Erm, Bye! ( Selongkar almari )


Rabu

Maaf Sahabat


Aku pelik. Kenapa aku boleh rapat dengan kau? Sejak bila aku pun tidak tahu. Oh, kita pernah keluar bersama. Tapi tidak banyak cakap. Malu. Tak kenal sebenarnya.

Kau macam dia. Suka cakap confident. Confident kaulah paling kacak di dunia ini. Sebab itu aku 'ngam' dengan kau. Kau sama macam dia. Kau muka tembok. Tak tahu malu. Haha. Macam dia.

Aku seronok berkawan dengan kau. Tapi ada orang salah tafsir dan ada orang yang tidak suka dan menyalahkan kau. Tiada punca. Kau tidak sakitkan hati sesiapa. Mungkin mereka cemburu. Tapi kerana apa? Mungkin sebab orang fikir aku bersama dia. Aku memang bersama dia. Cuma dia tidak mahu bersama aku. Jangan fikir lagi. Aku minta maaf kerana tidak dapat begitu rapat dengan kau. Aku tak mahu orang lain fikir yang bukan - bukan pasal kau. Kau tak salah. Sedikit pun tidak. Aku yang ada masalah. Masalah itu adalah aku dan orang sekeliling.

Selasa

InsyaAllah


Sudah lama aku keliru dengan istilah ' InsyaAllah ' yang selalu orang lain dan aku sendiri gunakan. Maksudnya boleh atau tidak?

Contoh 1

En A : Jemputlah datang ke rumah. Ada makan - makan sikit.

En B : InsyaAllah ( Makan - makan best juga tapi takut ada hal pulak )


Contoh 2

En A : En B, Jemput la ke masjid hujung minggu ni. Ada gotong royong sikit bersihkan masjid.

En B : InsyaAllah ( Tapi sebenarnya tak nak pergi tapi saja jaga hati En A )


Jadi tak guna aku fikir lama - lama, then aku google makna ' InsyaAllah ' yang tepat dan sebenarnya. So ini yang aku jumpa.

------------------------------------------------------------

Allah telah pun mengajar dan menegur kita dengan sebut lah "InsyaAllah" apabila kamu hendak menunaikan janji , kerana esok belum tentu dengan izin Allah swt kita dapat melaksanakan segala janji . Orang yang tidak menunaikan janji dipanggil Pecah Amanah dan ia adalah satu kesalahan yang amat berat disisi Allah melainkan hambanya itu telah berusaha tetapi tidak dapat juga menunaikan janjinya .

Inilah dikatakan ketentuan(Izin) Ilahi dan bukan kerana Tuhan itu kejam , tetapi kerasa sifat Maha Peyayang dan Maha MelindungiNya terhadap hambanya itulah maka ia jadikan haritu kita tidak mampu melaksanakan janji kerana menyelamatkan kita dari sesuatu musibah , Waallahualam.. ini biasa akan terjadi kepada yang ikhlas dalam menunaikan janjimereka, dan bukan kepada yang bercakap "insyaAllah" dimulut tetapi di hati sapa yang tahu.. :)

Maka kita wajib perbetulkan akidah kita dalam berjanji dengan sesama sendiri. Sebutlah "Insya Allah" dengan hati yang ikhlas akan menunaikan janji itu bersungguh-sungguh dan yang mendengar janji itu percayalah kepada orang yang mengatakan "insya Allah" kerana bila kita sendiri tidak percaya maka kita pun telah pun mendoakan dia "tak akan buat la.." . ( tetapi semua ini berbalik kepada Individu tersebut dalam melaksanakan dirinya sebagai seorang yang berserah diri (Islam) )

Hanya Tuhan saja lebih tahu apa yang tersembunyi di hati seseorang itu.

------------------------------------------------------------

So, maksud sebenar ' InsyaAllah ' ialah ' Dengan Izin Allah SWT '. Jadi, kalau Allah izinkan maka kita kena tepati janji berkenaan. Tambahan, jika Allah izinkan tapi kita tak tetapi janji itu kita dianggap pecah amanah ( Rujuk di atas la. Siap bold lagi tu )

Tapi orang kita banyak salah faham sebenarnya. Mereka gunakan istilah InsyaAllah bila :

1. Tengok la dulu.

2. Kalau rajin jadilah.

3. 50 / 50

4. Tak janji ( Tapi takut sahabat kecil hati )

5. Sebut ' InsyaAllah ' sikit dari sebut '' tengok la dulu ''

Alasan : Kita hanya mampu merancang, Tapi Dia yang tentukan.

So, lepas ini gunakan istilah ini dengan bijak. Kerana kita membawa nama "Allah"


Ahad

Bila dan Cinta


Bila Si dia menghebohkan kepada semua tentang kebahagiannya bersama kamu itu bermaksud Si dia sangat menyayangi anda dan ingin khabarkan kepada semua bahawa kamu adalah haknya.

Bila Si dia mula ingin merahsiakan kehadiran kamu di dalam hidupnya dari pengetahuan orang lain. Itu bermakna Si dia telah menunjukkan tanda - tanda Si dia berlaku tidak jujur dan ada perkara yang cuba diselindungkan daripada kamu.

Bila Si dia masih bersama kamu dan masih tidak mampu untuk menghebohkan hubungannya bersama kamu bermakna Si dia tidak menghargai kehadiran kamu di dalam hidupnya.