Sudah lama aku keliru dengan istilah ' InsyaAllah ' yang selalu orang lain dan aku sendiri gunakan. Maksudnya boleh atau tidak?
Contoh 1
En A : Jemputlah datang ke rumah. Ada makan - makan sikit.
En B : InsyaAllah ( Makan - makan best juga tapi takut ada hal pulak )
Contoh 2
En A : En B, Jemput la ke masjid hujung minggu ni. Ada gotong royong sikit bersihkan masjid.
En B : InsyaAllah ( Tapi sebenarnya tak nak pergi tapi saja jaga hati En A )
Jadi tak guna aku fikir lama - lama, then aku google makna ' InsyaAllah ' yang tepat dan sebenarnya. So ini yang aku jumpa.
------------------------------------------------------------
Allah telah pun mengajar dan menegur kita dengan sebut lah "InsyaAllah" apabila kamu hendak menunaikan janji , kerana esok belum tentu dengan izin Allah swt kita dapat melaksanakan segala janji . Orang yang tidak menunaikan janji dipanggil Pecah Amanah dan ia adalah satu kesalahan yang amat berat disisi Allah melainkan hambanya itu telah berusaha tetapi tidak dapat juga menunaikan janjinya .
Inilah dikatakan ketentuan(Izin) Ilahi dan bukan kerana Tuhan itu kejam , tetapi kerasa sifat Maha Peyayang dan Maha MelindungiNya terhadap hambanya itulah maka ia jadikan haritu kita tidak mampu melaksanakan janji kerana menyelamatkan kita dari sesuatu musibah , Waallahualam.. ini biasa akan terjadi kepada yang ikhlas dalam menunaikan janjimereka, dan bukan kepada yang bercakap "insyaAllah" dimulut tetapi di hati sapa yang tahu.. :)
Maka kita wajib perbetulkan akidah kita dalam berjanji dengan sesama sendiri. Sebutlah "Insya Allah" dengan hati yang ikhlas akan menunaikan janji itu bersungguh-sungguh dan yang mendengar janji itu percayalah kepada orang yang mengatakan "insya Allah" kerana bila kita sendiri tidak percaya maka kita pun telah pun mendoakan dia "tak akan buat la.." . ( tetapi semua ini berbalik kepada Individu tersebut dalam melaksanakan dirinya sebagai seorang yang berserah diri (Islam) )
Hanya Tuhan saja lebih tahu apa yang tersembunyi di hati seseorang itu.

So, maksud sebenar ' InsyaAllah ' ialah ' Dengan Izin Allah SWT '. Jadi, kalau Allah izinkan maka kita kena tepati janji berkenaan. Tambahan, jika Allah izinkan tapi kita tak tetapi janji itu kita dianggap pecah amanah ( Rujuk di atas la. Siap bold lagi tu )
Tapi orang kita banyak salah faham sebenarnya. Mereka gunakan istilah InsyaAllah bila :
1. Tengok la dulu.
2. Kalau rajin jadilah.
3. 50 / 50
4. Tak janji ( Tapi takut sahabat kecil hati )
5. Sebut ' InsyaAllah ' sikit dari sebut '' tengok la dulu ''
Alasan : Kita hanya mampu merancang, Tapi Dia yang tentukan.
So, lepas ini gunakan istilah ini dengan bijak. Kerana kita membawa nama "Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan