Comfrim kalau aku duduk rumah memang aku tak akan study. Baring di katil lagi syok dari menghadap nota - nota yang tulisannya sebesar semut.
Jalan penyelesaiannya apa lagi, macam student - student kaya yang lain juga, aku dan kawan aku buat keputusan untuk overnight di KFC 1 kononnya nak study la ni. Esok jam 9 pagi exam. Pukul 10 malam sebelum tu aku belum baca apa - apa lagi. Kalau tak boleh jawab naiya aku.
Sampai di Kfc 1,
Ramainya manusia. Harap - harap mereka semua tak bising dan ganggu aku untuk fokus on study. Ceh, sangat konon. Perut kalau lapar mana boleh fokus. Makan dulu baru study. Lepas makan konon boleh study. Snack plate satu.!!
* snack plate
Perut kenyang mengantuk rupenya. Nasib baik subjek ini tak ada la boring sangat. Aku redahkan juga.
Pukul 2 keadaan semakin lembab. Otak dah tepu dek kerana penghawa dingin KFC 1 yang sangat sejuk. Otak dah lembab pastu ada pulak budak entah ke lelaki entah ke perempuan datang buat bising macam KFC 1 ni dia sorang yang bayar tax. Apa lagi keputusan tak diduga dibuat. Jom kita buat road tour. Kita pergi KFC lain pula.
Sampai KFC 2.
Nampaknya KFC ini tak ramai orang. Yang ada semuanya datang untuk penuhkan ilmu di dada. Diam aje baca buku. Bagus. Wah, menu KFC dah bertukar. Lapar lagi nampaknya. Katanya kawan, takpa kita study dulu dalam pukul 4.30 kita breakfirst pulak. Setuju! KFC lagi.
* Kfc chicken porridge
Lepas breakfirst memang tipu la nak study balik. Otak dah tepu dengan nota - nota dah ni. Eh, dah subuh. Kami singgah di Majlis Shah Alam untuk solat. Sangat syok walaupun aku tak dapat masuk. Faham - faham la. Hirup udara di luar. Udara pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan