Khamis

90 % ketakutan


Motif sebenar aku nak kerja pada waktu cuti sem 4 bulan ini adalah kerana aku nak pakai braces pada gigi cantik aku ni. Tapi takut melampau ni. Aku last jumpa doktor gigi waktu sekolah - sekolah dulu je. Itu pun sebab terpaksa. Tak sempat nak lari. Nama start dengan huruf "B", sah - sah la aku yang kena dulu.

Aku bukan apa, aku nak buat bukan sebab untuk kelihatan cantik pun (tipu), aku buat sebab bibir aku ni selalu luka - luka angkara terkena gigi vampire aku ni. Kesian tak kat aku? ( Buat muka paling sedih )

* nak gigi macam Megan Fox. Buat muka buruk pun still nampak cantik lagi sebab giginya yang cantik tersusun indah.

* Ini aku la. Jangan la tanya lagi. Megan Fox tak ada. Tapi fox ( musang ) tu ada.

Nanti kalau aku jadi buat braces aku update ya. Ada banyak masalah sebenarnya kalau aku nak pasang braces ni. Antaranya :

1. Duit yang mungkin dibazirkan ke haluan yang lain.

2. 10 % saja keberanian yang ada

3. Takut

4. Takut

5. Takut

dan

6. Takut.

Tiada ulasan: