Rabu

Maaf Sahabat


Aku pelik. Kenapa aku boleh rapat dengan kau? Sejak bila aku pun tidak tahu. Oh, kita pernah keluar bersama. Tapi tidak banyak cakap. Malu. Tak kenal sebenarnya.

Kau macam dia. Suka cakap confident. Confident kaulah paling kacak di dunia ini. Sebab itu aku 'ngam' dengan kau. Kau sama macam dia. Kau muka tembok. Tak tahu malu. Haha. Macam dia.

Aku seronok berkawan dengan kau. Tapi ada orang salah tafsir dan ada orang yang tidak suka dan menyalahkan kau. Tiada punca. Kau tidak sakitkan hati sesiapa. Mungkin mereka cemburu. Tapi kerana apa? Mungkin sebab orang fikir aku bersama dia. Aku memang bersama dia. Cuma dia tidak mahu bersama aku. Jangan fikir lagi. Aku minta maaf kerana tidak dapat begitu rapat dengan kau. Aku tak mahu orang lain fikir yang bukan - bukan pasal kau. Kau tak salah. Sedikit pun tidak. Aku yang ada masalah. Masalah itu adalah aku dan orang sekeliling.

Tiada ulasan: