Selasa

Nasib Kau

Bismillah....

Sahaja aku...

Hish,,orang nak sembayang ni..

Bismillah...

Sahaja aku sembahyang...

Bagus – bagus. Surau yang terbentang luas ni memang untuk kau datang dan ajak kawan – kawan ketawa sampai berdekah – dekah. Memang – memang. Kau pandai.

Kalau kau nak bising anak – anak, sila bising di luar pagar ye. Boleh aku ambil galah tolong jolokkan.

Hish. Nasib baik cakap dalam hati, aku sorang saja yang dengar. Kalau tak mesti budak – budak tu dah panggil aku ustazah dah. Adik aku pun tahu dalam surau tak boleh bising. Ini kan pula kau yang besar panjang. Oh,lupa. Itu adik aku. Bukan kau.

Jumaat

Hati Tiada Lagi

Tajuk tak nak gempak pulak. Macam orang putus cinta bagai. Actually aku sudah tiada hati lagi nak kerja. Serius tak betul aku ni sebab orang lain semua berpuasa bersama keluarga di kampung. Aku saja yang masih terpacak lagi kat sini. Gila.

Lambatnya aku dapat balik kampung. Kalau duduk rumah boleh arahkan mak aku masak macam - macam. Itu ini. Heloo, bukan aku pemalas. Mak aku adalah mak paling rajin di dunia ok. Dan dulu waktu kecik - kecik ayah aku marah pergi main - main kat dapur sebab takut terkena minyak panas. Sampai sekarang aku masih ikut nasihat ayah aku lagi. Patuh dengan arahan kan aku? Hahaha.

* Ramadhan dah nak sampai tengah - tengah. Bulan dah hampir penuh. Cantek.

Selasa

Realiti

Realitinya baik hidup dengan melanggar norma dari mempertahankan keperibadian. Bukan siapa lagi mahu pandang samada kau baik atau tidak. Kalau kau jahat kau pastinya akan dilabelkan sebagai si hitam. Begitu juga kalau kau baik, Si hitam juga akan menghampiri kau.

Dunia sudah menyerong dan mungkin sesetengah tempat sudah terbalik. Kerana kini..

Bukan salah kau untuk menipu dan membohongi. Salah Si anu yang mempercayai kau sebulatnya.

Bukan salah kau kalau kau curang pada kekasih. Salah kekasih kau yang mungkin terlalu setia dengan kau.

Bukan salah kau kalau kau mungkir janji lagi. Salah dia yang terlalu berpegang pada janji.

Bukan salah kau jika kau ambil kesempatan terhadap orang lain. Salah dia yang beri peluang.

Dan realitinya adalah ini.
Buat jahat dibalas jahat ( atleast ada balasan )
Buat baik? Siapa yang pandang?

Isnin

SuperMak-Cik

Memang aku agak terlambat sedikit. Fenomena melihat wanita membawa bas membuat aku teruja. Memang ini bukan pertama kali aku lihat wanita bawa bas tapi sekarang pandangan aku berbeza. Dulu aku ingat drive ini senang saja tapi aku sudah ambil lesen ( 2 kali baru pass ) baru aku tahu yang susah jugak drive ni. Satu – satu boleh tak? Ni mana nak fikir bila nak change gear lagi, mana nak tengok jalan lagi, mana nak tengok kereta depan belakang lagi. You know, aku pernah drive dan aku biarkan aku gatal macam nak gila sebab aku nak focusing on driving.



Eh, ini bukan cerita pasal aku tapi cerita pasal seorang makcik merangkap driver bas Rapid KL. Hush, Tak nak hebat pulak dia bawak BAS.! BAS TU. Ramai kot penumpang. Panjang pulak tu. Then siap tangan kiri pegang stereng and tangan kanan siap boleh makan epal merah yang ranggup dengan penuh nikmat lagi. Fullamak. Selama ni bukan tak ada tapi aku taksub sikit dengan makcik ini sebab masa dia drive aku duduk kat seat paling depan dalam bas tu. Maklum la aku keluar sorang saja. Eh, ini bukan kisah aku. Makcik ni hebat seh. Aku kan kalau aku jadi lelaki kan aku segan nak naik bas dengan makcik ni. Kalau aku jadi lelaki yang gagah perkasa ala – ala superhero aku siap offer diri aku lagi untuk tolong dia bawa bas tu then suruh dia duduk belakang sambil makan epal. Kata Gentelmen. Haha. Aku turun bas then aku sempat cakap. “ akak ( makcik – makcik mesti suka kita panggil dia camtu kan?),terima kasih ye. Akak bawa bas best.”

Ahad

Bazar Ramadhan Kejam

Aku bukan kaki makan pun. Bukan makan kaki or makan guna kaki tapi aku bukanlah pecinta makanan pun. Maksudnya aku tak kuat makan lah. Cehh,,

Tapi Bazar ramadhan yang kat sebelah PKNS Shah Alam sangat kejam aku rasa. Aku duduk dalam PKNS building pun dan dapat bau dah macam - macam makanan kt luar tu. Makruh puasa aku tau tak? Sabar ajelah.

Then,bila dah keluar. . . . Apa pun tak nampak. Nampak makanan aje di kiri dan kanan. Nafsu melonjak - lonjak. Duit dalam purse vibrate mengalahkan mesin basuh. Semua nampak sedap weh.

Cempedak goreng!! Ayam goreng!! Kueh mueh!! Argghhh..

Nope, aku kena save la. Tak sedar diri, dah la tak ada duit tapi nak makan macam - macam. Aku tahu kalau aku beli juga mesti membazir macam semalam - semalam yang lepas juga kan. Jadi baik tak payah. Eh BIG APPLE. Beli la,, desert ok.

Sorry gambar bazar tiada. Terlalu sensor. Nanti batal puasa.
Gambar shopping tak sensor. Lalalala