Jumaat

Hati Tiada Lagi

Tajuk tak nak gempak pulak. Macam orang putus cinta bagai. Actually aku sudah tiada hati lagi nak kerja. Serius tak betul aku ni sebab orang lain semua berpuasa bersama keluarga di kampung. Aku saja yang masih terpacak lagi kat sini. Gila.

Lambatnya aku dapat balik kampung. Kalau duduk rumah boleh arahkan mak aku masak macam - macam. Itu ini. Heloo, bukan aku pemalas. Mak aku adalah mak paling rajin di dunia ok. Dan dulu waktu kecik - kecik ayah aku marah pergi main - main kat dapur sebab takut terkena minyak panas. Sampai sekarang aku masih ikut nasihat ayah aku lagi. Patuh dengan arahan kan aku? Hahaha.

* Ramadhan dah nak sampai tengah - tengah. Bulan dah hampir penuh. Cantek.

Tiada ulasan: