Isnin

SuperMak-Cik

Memang aku agak terlambat sedikit. Fenomena melihat wanita membawa bas membuat aku teruja. Memang ini bukan pertama kali aku lihat wanita bawa bas tapi sekarang pandangan aku berbeza. Dulu aku ingat drive ini senang saja tapi aku sudah ambil lesen ( 2 kali baru pass ) baru aku tahu yang susah jugak drive ni. Satu – satu boleh tak? Ni mana nak fikir bila nak change gear lagi, mana nak tengok jalan lagi, mana nak tengok kereta depan belakang lagi. You know, aku pernah drive dan aku biarkan aku gatal macam nak gila sebab aku nak focusing on driving.



Eh, ini bukan cerita pasal aku tapi cerita pasal seorang makcik merangkap driver bas Rapid KL. Hush, Tak nak hebat pulak dia bawak BAS.! BAS TU. Ramai kot penumpang. Panjang pulak tu. Then siap tangan kiri pegang stereng and tangan kanan siap boleh makan epal merah yang ranggup dengan penuh nikmat lagi. Fullamak. Selama ni bukan tak ada tapi aku taksub sikit dengan makcik ini sebab masa dia drive aku duduk kat seat paling depan dalam bas tu. Maklum la aku keluar sorang saja. Eh, ini bukan kisah aku. Makcik ni hebat seh. Aku kan kalau aku jadi lelaki kan aku segan nak naik bas dengan makcik ni. Kalau aku jadi lelaki yang gagah perkasa ala – ala superhero aku siap offer diri aku lagi untuk tolong dia bawa bas tu then suruh dia duduk belakang sambil makan epal. Kata Gentelmen. Haha. Aku turun bas then aku sempat cakap. “ akak ( makcik – makcik mesti suka kita panggil dia camtu kan?),terima kasih ye. Akak bawa bas best.”

Tiada ulasan: