Sabtu

Love Story Orang

Aku tidur lewat. Bukan study, kalau study dah lama aku mengantuk dah. Bukan aku tak suka membaca tapi tulisan kat buku tu makin lama makin kecil aku tengok.

Pagi - pagi macam ni layan love story sangat syok. Senyum sorang - sorang. Tak apa,aku sorang saja yang ada, jadi tiada siapa yang boleh cakap aku gila.

Hurm, tengok movie - movie cinta dalam laptop ini buat berangan sorang - sorang. Biasalah. Korang pon mesti pernah kan. Nak buat macam mana aku tak ada kisah cinta yang menarik. Berangan saja bolehlah. Nanti kalau aku ada kekasih,,,bla bla bla bla... Itu saja yang aku mampu. How sad i am. Kan?

Sambung tengok movie la. *Di awangan *

p/s : I mish U.

2-G-20

Aku bukan nak lari dari masalah. Kalau lari pun macamlah masalah tu boleh setel kan? Aku bukan lari la. Aku cuma tak nak masalah yang sama berulang lagi. Aku tak mahu susahkan siapa - siapa lagi. Aku sayang kau dan aku pun sayang dia.

Aku harap kau faham aku. Ini yang terbaik untuk semua orang. Tak kisahlah yang seterusnya akan memudaratkan aku. Janji kau tak akan bermasalah lagi. Moga kau hidup dengan happy. Jaga rumah aku elok - elok. Banyak kenangan bersama kau dan kawan - kawan. Sedih.

Salah


Baik.

Kau tak salah kalau kau lupakan aku.

Yang salah aku.


Aku yang terlalu setia.

Finish.

Puasa

Nasib baik puasa yang tak puasa sudah diganti. Tak adalah terhegeh - hegeh nak ganti last minute kan? Ini sindiran kepada adik aku.

Selamat Berpuasa kepada semua Umat Islam yang Berpuasa sahaja. Yang tak puasa tanpa sebab tak ada masa aku nak wish - wish bagai. Buat penat jari runcing aku sahaja.

Mak , ayah, adik - adik di rumah mahupun di asrama mahupun di rumah sewa Along ucapkan Selamat Berpuasa. Siapa tak puasa no duit raya. haha.

Pesanan kepada mak.

" Tak payah masak sedap - sedap mak, tunggu Along balik baru masak sedap - sedap orait."
( Ini bukan ayat jeles ok. )

Isnin

Adaptasi yang salah


Ok, aku budak filem. No,aku budak belajar filem. Aku belajar sebab aku tak tahu. So, bila orang yang hebat berkata - kata mengenai filem, aku dengar. Menyampuk jauh sekali. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu. Tak perlu nak buat - buat tahu. Kata belajar. Kalau aku dah tahu aku tak belajar,aku mengajar. Ya tidak?

Tapi aku ada pendapat sendiri. Susah nak share dengan orang yang tahu filem sebab aku tak tahu sedalamnya. Ok, aku memang ada belajar mengenai bahasa filem. Tahu? Contoh, penggunaan warna. Putih untuk watak baik amat dan hitam untuk watak jahat amat. Ok, aku tahu definasi lakonan adalah gerak geri atau perlakuan manusia yang diambil dan ditiru dari kehidupan sebenar atau watak sebenar. Faham? Ini definasi aku sendiri. Ok,so maknanya lakonan ini ditiru dari real life la. Itu boleh aku terima. Sebab tu banyak cerita yang klise. Kadang - kadang bukan sebab cerita kat TV tu sama dengan cerita lain tapi sama dengan kehidupan sekeliling kita. Ya tidak?

Tapi, bukan itu yang aku nak share kat sini. Tajuk sebenarnya ialah boleh tak kita jugde orang based on bahasa filem tadi. Means orang pakai baju putih baik dan orang pakai baju hitam jahat? Hish, kalau ikutkan aku mana boleh. Aku suka baju hitam aku tak ada la jahat sangat pun. Aku suka putih tak ada la aku baik sangat pun.

Sebenarnya aku baru - baru ini ada lepak - lepak dengan orang yang agak hebat dalam bahasa - bahasa filem ini. Kiranya apa yang maksud- maksud tersirat terselindung semua dia tahu lah. Cehh.. Aku tahu ilmu dia tinggi melangit tapi aku rasa dia tak boleh jugde orang based on bahasa filem yang dia serba tahu tadi. Dia ada cakap dia lihat muka seorang mahkluk Tuhan ini nampak seakan - akan hitam, tiada cahaya yang terpancar diwajah. Kalau based on bahasa filem kalau watak - watak sedemikian kiranya watak jahat la kan. Tapi in real life bahasa filem susah la aku nak terima pakai. Entah - entah mahkluk Tuhan tadi burn sebab baru beli bercuti kat tepi pantai ke, tak pun dia lupa nak put some make up ke apa ke kan? tak pasal - pasal dia kena tuduh bukan - bukan. And, kalau dia jahat pun, lantak la kat dia. Kau pun bukan sempurna sangat la weh.

Mak aku cakap " kalau kau cakap orang buruk maknanya kau kutuk ciptaan Tuhan,"

Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling Ummpphh..

Jumaat

Malang


Start dari awal tahun ini sampai sekarang hati aku asyik tak senang saja. Ada saja masalah yang datang menghimpit. Ya, memang aku tahu ini dugaan untuk aku. Sebab itu aku terima dengan penuh keterbukaan di dada. Aku nak marahkan siapa? Takkan nak jerit - jerit marahkan Tuhan. Tuhan sudah aturkan hidup yang hebat untuk aku. Buat apa aku nak marah lagi? Kau tahu, betul kata orang tua " pengalaman ajar erti kehidupan". Kalau kau tak pernah sedih kau tak akan dapat merasa air keluar dari mata. Kau tak akan rasa bagaimana jantung kau seperti kertas yang diremuk. Aku sedang merepek bukan? Kondisi otak tak waras.

InsyaAllah, semua yang musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Klise? M.nasir admit tiada kata yang tak klise. So what?

Balkes, jangan buat kerja bodoh yang akan merugikan kau. Sudahlah fikirkan perkara yang temeh, mari cantikkan diri.

*Berkira - kira untuk pakai braces.

Sabtu

White horse



Aku rasa ramai awek - awek yang diluar sana yang pernah mengalami situasi di atas except memang dia sengaja rampas orang lain punya. Itu punca cari sendiri.

So,langkah yang baik juga seperti diatas except kau ni jenis pentingkan diri sendiri. Nak bahagia punya pasal sanggup hancurkan hati orang lain. Tak berkat beb. Jangan. You, kalau sayangkan dia lepaskan dia. Tak apa. Maybe ada orang lain yang lebih sesuai dengan kau nanti. Percaya itu. Dengar nasihat akak ok.

Khamis

Bakal suami, tolong jangan merokok.


Harga rokok sekarang tak hingat punya mahal. Tak faham aku. Rm10. Boleh makan Pilaf Rice With Hot Wings Pizza Hut kot. Rugi - rugi. Lapar tiba - tiba.

Bakal suami, kalau boleh saya tak mahu awak merokok. Saya bukan kisah pasal duit. Tapi saya tak nak awak tinggalkan saya dan anak - anak kita nanti. Sumpah Tak Nak! Awak tahu tak harga sekotak rokok boleh beli sekilo ayam untuk saya masak ayam masak merah untuk kita makan sama - sama.

Ok. Awak nak beli sebatang? Berapa harganya? 50 sen aje? Ok, katakan 50sen. Saya dapat info ni dari kampen Tak Nak tau.

1. 24 sen untuk cukai hasil tembakau.
2. 14 sen untuk untung pekilang rokok.
3. 5 sen untuk peruncit.
4. 1 sen untuk pemborong / pengedar rokok.
5. 1 sen untuk penanam / pengawit tembakau.

> 24 +14 + 5 + 1 + 1 = 45 sen.

Maka, harga rokok sebatang 5 sen je der.

Tambahan pula. Setiap batang rokok yang dihisap awak akan memperolehi :

1. 20 kali kanser paru - paru.
2. 10 kali penyakit yang mengancam paru - paru.
3. 4 kali ancaman serangan jantung.
4. 2 kali risiko serangan strok.
5. 50% risiko kematian

Hish, tengok tu. Saya kahwin dengan awak bukan saya nak awak tinggalkan saya sebab penyakit seperti yang di atas tu. Biarlah kita hidup sampai ke tua, sempat tengok cucu - cucu kita dulu. Saya bukan nak lawan takdir. Iya, saya tahu ajal maut ditangan tuhan. Tapi kita boleh jaga diri kita dari terjebak dengan penyakit - penyakit tu semua kan.

Saya sayang awak my future Hubby.

Isnin

Kisah Hati

I love Remy Ishak.

Air mata Si macho membuatkan jantung ini ... Speechless.


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Sabtu

Sejenak di dalam bas


Sudah lama tak naik bas. Aku tak suka naik bas. No. Bukan sebab aku demand. Tapi dalam bas banyak masa terbuang. Bila sudah ada masa terbuang yang terluang otak aku yang karat ini akan mula memikirkan perkara - perkara yang tak patut aku fikir lagi. Barang yang lepas jangan dikenang tapi time naik bas itu juga la nak dikenang - kenang. ( Pepatah pepatung pula )

Bila dah barang yang lepas tu mesti la barang - barang yang aku tak suka untuk fikir. Tapi aku rasa berfikir di dalam bas merupakan salah satu penawar yang baik jika mengalami Jiwa luka. Sebab, hanya otak sendiri yang fikir, tiada otak kawan - kawan yang kononnya turut simpati dengan ceritera sedih kita.

Aku tak ada lah masalah yang kritikal sangat tapi alangkah bagusnya jika ada ubat untuk lupakan masa lampau. Haha. Masa lampau aku bukan teruk sangat pun. Tapi aku ada kisah sedih yang aku tak ingin nak ingat.

Bila difikirkan balik, baru aku sedar aku ini penyabar orangnya. Aku bukan nak puji diri sendiri tapi yes, aku penyabar orangnya. Kalau kau berada di tempat aku belum tentu kau boleh sekuat aku. Aku sabar bukan sebab aku bodoh atau suka diperbodohkan tapi aku sedar bahawa sifat sabar itu indah. Sabar separuh daripada iman. Walaupun aku tidaklah begitu warak, tapi aku masih ada sedikit keimanan yang boleh mengawal diri aku dari membazir waktu melakukan perbuatan yang menyedihkan mak ayah aku lagi.

Mak, Ayah.. Along minta maaf.