Isnin

Inilah Hasilnya


Ok. Walaupun duit aku tak ada la banyak sangat tapi aku sangat gembira bila dapat juga keluar berjalan - jalan bersama kawan - kawan yang tersayang dan juga awak yang tersayang. Dua hari keluar jalan - jalan. Kalau tak puas lagi tak tahu la. Haha.

Terima kasih awak bawak kami berjalan - jalan.

BTW, aku dah layan Nur Kasih The Movie. Hurm, sedikit kecewa kerana ada sesetengah watak yang ditunjukkan tak begitu kuat. Maksud, kalau tak ada pun tiada masalah. Tapi ada sesetengah part yang buat aku sangat sedih dan sambil itu dalam otak terfikir ' bilalah agaknya turn aku pulak untuk dapat cinta sejati ' cehh.

* Geng gemuk bulat - bulat apabila keluar berjimba.

Jumaat

Seronok!


Akhirnya. Setelah lama duduk goyang kaki di rumah, esok seperti yang dirancang ( harap menjadi ) kami akan keluar. Yeay! Sangat seronok dan tak sabar. Harap esok semuanya ok.

Harap mood abang boroi saya ok bila nak layan kerenah kami yang sangat ngada - ngada nak berjalan keliling Malaysia esok ( konon ). Esok keluar berbekalkan gaji pertama kami yang tak sebesar mana tu. Oklah, boleh la dari tak ada langsung kan.

* Abang boroi jangan lupa pimpin saya. Saya takut orang simbah asid. Semua orang adalah suspek. Gedik untuk keselamatan.

Eh, baju apa nak pakai esok? Erm, Bye! ( Selongkar almari )


Rabu

Maaf Sahabat


Aku pelik. Kenapa aku boleh rapat dengan kau? Sejak bila aku pun tidak tahu. Oh, kita pernah keluar bersama. Tapi tidak banyak cakap. Malu. Tak kenal sebenarnya.

Kau macam dia. Suka cakap confident. Confident kaulah paling kacak di dunia ini. Sebab itu aku 'ngam' dengan kau. Kau sama macam dia. Kau muka tembok. Tak tahu malu. Haha. Macam dia.

Aku seronok berkawan dengan kau. Tapi ada orang salah tafsir dan ada orang yang tidak suka dan menyalahkan kau. Tiada punca. Kau tidak sakitkan hati sesiapa. Mungkin mereka cemburu. Tapi kerana apa? Mungkin sebab orang fikir aku bersama dia. Aku memang bersama dia. Cuma dia tidak mahu bersama aku. Jangan fikir lagi. Aku minta maaf kerana tidak dapat begitu rapat dengan kau. Aku tak mahu orang lain fikir yang bukan - bukan pasal kau. Kau tak salah. Sedikit pun tidak. Aku yang ada masalah. Masalah itu adalah aku dan orang sekeliling.

Selasa

InsyaAllah


Sudah lama aku keliru dengan istilah ' InsyaAllah ' yang selalu orang lain dan aku sendiri gunakan. Maksudnya boleh atau tidak?

Contoh 1

En A : Jemputlah datang ke rumah. Ada makan - makan sikit.

En B : InsyaAllah ( Makan - makan best juga tapi takut ada hal pulak )


Contoh 2

En A : En B, Jemput la ke masjid hujung minggu ni. Ada gotong royong sikit bersihkan masjid.

En B : InsyaAllah ( Tapi sebenarnya tak nak pergi tapi saja jaga hati En A )


Jadi tak guna aku fikir lama - lama, then aku google makna ' InsyaAllah ' yang tepat dan sebenarnya. So ini yang aku jumpa.

------------------------------------------------------------

Allah telah pun mengajar dan menegur kita dengan sebut lah "InsyaAllah" apabila kamu hendak menunaikan janji , kerana esok belum tentu dengan izin Allah swt kita dapat melaksanakan segala janji . Orang yang tidak menunaikan janji dipanggil Pecah Amanah dan ia adalah satu kesalahan yang amat berat disisi Allah melainkan hambanya itu telah berusaha tetapi tidak dapat juga menunaikan janjinya .

Inilah dikatakan ketentuan(Izin) Ilahi dan bukan kerana Tuhan itu kejam , tetapi kerasa sifat Maha Peyayang dan Maha MelindungiNya terhadap hambanya itulah maka ia jadikan haritu kita tidak mampu melaksanakan janji kerana menyelamatkan kita dari sesuatu musibah , Waallahualam.. ini biasa akan terjadi kepada yang ikhlas dalam menunaikan janjimereka, dan bukan kepada yang bercakap "insyaAllah" dimulut tetapi di hati sapa yang tahu.. :)

Maka kita wajib perbetulkan akidah kita dalam berjanji dengan sesama sendiri. Sebutlah "Insya Allah" dengan hati yang ikhlas akan menunaikan janji itu bersungguh-sungguh dan yang mendengar janji itu percayalah kepada orang yang mengatakan "insya Allah" kerana bila kita sendiri tidak percaya maka kita pun telah pun mendoakan dia "tak akan buat la.." . ( tetapi semua ini berbalik kepada Individu tersebut dalam melaksanakan dirinya sebagai seorang yang berserah diri (Islam) )

Hanya Tuhan saja lebih tahu apa yang tersembunyi di hati seseorang itu.

------------------------------------------------------------

So, maksud sebenar ' InsyaAllah ' ialah ' Dengan Izin Allah SWT '. Jadi, kalau Allah izinkan maka kita kena tepati janji berkenaan. Tambahan, jika Allah izinkan tapi kita tak tetapi janji itu kita dianggap pecah amanah ( Rujuk di atas la. Siap bold lagi tu )

Tapi orang kita banyak salah faham sebenarnya. Mereka gunakan istilah InsyaAllah bila :

1. Tengok la dulu.

2. Kalau rajin jadilah.

3. 50 / 50

4. Tak janji ( Tapi takut sahabat kecil hati )

5. Sebut ' InsyaAllah ' sikit dari sebut '' tengok la dulu ''

Alasan : Kita hanya mampu merancang, Tapi Dia yang tentukan.

So, lepas ini gunakan istilah ini dengan bijak. Kerana kita membawa nama "Allah"


Ahad

Bila dan Cinta


Bila Si dia menghebohkan kepada semua tentang kebahagiannya bersama kamu itu bermaksud Si dia sangat menyayangi anda dan ingin khabarkan kepada semua bahawa kamu adalah haknya.

Bila Si dia mula ingin merahsiakan kehadiran kamu di dalam hidupnya dari pengetahuan orang lain. Itu bermakna Si dia telah menunjukkan tanda - tanda Si dia berlaku tidak jujur dan ada perkara yang cuba diselindungkan daripada kamu.

Bila Si dia masih bersama kamu dan masih tidak mampu untuk menghebohkan hubungannya bersama kamu bermakna Si dia tidak menghargai kehadiran kamu di dalam hidupnya.

Khamis

Lagu lama baru dengar.


Lagu ini tak ada la lagu baru sangat. Tapi baru kedengaran. Dengar Zizan yang nyanyi waktu minggu muzikal Maharajalawak.

Aku tak sure lagu ni siapa penyanyi asal dia. Sebab bila aku search kat youtube, banyak pula penyanyi yang menyanyikan lagu ni. Banyak version la.

Enjoy.
Nanti KALAU aku pandai main gitar aku nak belajar main lagu ini. KALAU. KALAU.

-----------------------------------------------------------------------------------

BUKANNYA AKU TAKUT

ku tak peduli
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli

ku memang begini
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli
apa saja yang ku inginkan kamu rela

reff:
bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
tapi aku takut kehilangan cintamu
mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
seakan kau bisa membalas cintaku

kau takkan mengerti
yang selama ini aku rasakan, pasti
kau tak peduli
bila saja yang ku inginkan kamu rela

repeat reff

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa

Weekend is coming


Yeay! This weekend nak keluar jejalan bersama kawan- kawan. Excited tak hingat ni. Lama siot tak keluar jejalan. Masalah kewangan asyik menyelebungi diri je. Sekarang tak ada la kaya sangat tapi dah ikat perut sikit sebab nak keluar. Nak tengok NUR KASIH sebenarnya.

Oleh sebab lama dah tak keluar jalan - jalan, perasan ini begitu nervous sekali. Dalam otak dah start fikir baju apa yang hendak dipakainya. Hahaha. Excited kan? Eh, Who care?

Harap aku happy pada hari itu dan harap tiada masalah yang akan mengganggu otak aku sepanjang hari aku nak keluar jalan - jalan itu.

Aduh. Nak pergi jalan - jalan ni. Alang nak beli baju superman ( Faizal Tahir ), tapi nampaknya terpaksa postpone lagi la. Bila agaknya dapat beli ya. lama - lama gigit jari la. sedih2..

* Cool. Tapi kalau aku pakai is not cool.. haha.

* Kalau aku ada duit ( berangan ) aku nak beli baju superman ni setiap warna yang ada. Baru nampak hebat. Yeah.! Jadi bila aku tengok orang lain pakai aku pun boleh cakap dengan belagaknya. Hey u,, i have that colour tooo laa...

( Sambil nyanyi lagu superhero )

How sad i am.


OMG!!
Aku masih single pada usia 23 tahun? Oh no, nampak sangat aku tak laku. Tiada siapa teringin nak bercinta dengan aku rupanya. Kesian aku. Adik aku pun ada boyfriend. Beratur beb!

Kawan - kawan sebaya semua sibuk dengan pasangan masing - masing. Ada yang dah beranak cucu pun. Tapi aku, tak habis - habis mengadap buku - buku yang tebal bebeno ni.

Tension ( jealous sebenarnya ) bila tengok dekat facebook semua orang ada relation. Aku? Semua orang ada folder cintan - cintun. Aku? Semua orang every weekend boyfriend bawa pergi jalan - jalan. Aku?

How sad i am.

Sad kan? Hurm . .

Aku sepah


Jangan setia pada orang yang tak menghargai.

Habis madu sepah dibuang.

Just leaving!

Never look back.

Bye!

Simple.

Its not that simple actualy.

Whatever lah.

Sabtu

Demam Nur Kasih


Mak, Ayah.! Minggu ini boleh bank in lebih sikit tak? Kaklong nak pergi tengok wayang la. Nak tengok Nur Kasih. Nak tengok Remy Ishak! Huhu. Kalau tak pergi tengok nanti demam tak kebah la. Panadol pun tiada gunanya. Hee~~

Actually tak sabar nak tengok Nur Kasih. Tengok iklan kat Tv pun dah rasa tak tentu arah dah. Aduh, betul - betul demam ni.

Untuk pengetahuan semua, aku tak ada pun rajin - rajin nak baca sinopsis cerita ini. Sebab aku nak buatkan diri aku suprise! Jadi nanti bila aku tengok cerita ni, tak adalah terganggu sangat. But now, rahsia dah terbocor. one of kawan aku bagitau Ayu Raudah ( Alia ) akan meninggal. Oh no. Aku sangat tak suka.

So, aku akan pelihara mata dan telinga aku supaya tidak terpengaruh dari mana - mana pihak. Aku nak semuanya suprise!

Beware : Lelaki Bermotosikal.


Agaknya apa motif lelaki yang di cari - cari oleh polis tu simbah asid dekat orang sesuka hati dia? Aku tak faham betul la. Bukan seorang saja. Sampai sekarang dah ramai orang yang disimbahnya. Motif? Marah pada siapa sehingga menjadikan orang lain sebagai subjek untuk balas dendam?

* Lakaran suspek.

suspek dipercayai seorang atau 2 orang lelaki berbangsa India yang bermotosikal yang menyimbah cecair yang dipercayai " Alkaline - based '' atau " Oxidizing Agent " ke arah sesiapa yang dia suka. mangsa yang diserang dipercayai berjalan secara bersendirian.
( heloo girl, jangan jalan sorang2 ok)

Khamis

Like father like son


Jaden Smith sangat sweet la. Maksud title di atas bukan la seperti dalam Bahasa Melayunya ' Bapak borek anak rintik ' tapi maksud aku, suka bapak suka anaknya. Aku pun suka bapaknya. Haha. Budak bertuah ini kalau dia nak kat aku dah ' tangkap dia dah..hikhik. Gediks!

Nama tak tipu punya : Jaden Christopher Syre Smith ( Will Smith tu daddy dia la. )

Tarikh lahir : 8 Julai 1998

Tempat Lahir : Malibu, California, U.S


Mari lihat betapa manisnya dia.

* Alololor, waiting for your daddy eh?Ciut!

* See, almost like his father la. Copy and paste.

* Aku tengok Karate Kid mengalahkan adik aku. Bukan best sangat pun ceritanya. Yeah, aku tengok sebab aku nak tengok dia la. Geram2.!


Actualy, satu family dia aku suka. Daddy dia yang hot. Mami dia yang meletop dan siblings dia yang unik - unik belaka. I love Smith's Family!

90 % ketakutan


Motif sebenar aku nak kerja pada waktu cuti sem 4 bulan ini adalah kerana aku nak pakai braces pada gigi cantik aku ni. Tapi takut melampau ni. Aku last jumpa doktor gigi waktu sekolah - sekolah dulu je. Itu pun sebab terpaksa. Tak sempat nak lari. Nama start dengan huruf "B", sah - sah la aku yang kena dulu.

Aku bukan apa, aku nak buat bukan sebab untuk kelihatan cantik pun (tipu), aku buat sebab bibir aku ni selalu luka - luka angkara terkena gigi vampire aku ni. Kesian tak kat aku? ( Buat muka paling sedih )

* nak gigi macam Megan Fox. Buat muka buruk pun still nampak cantik lagi sebab giginya yang cantik tersusun indah.

* Ini aku la. Jangan la tanya lagi. Megan Fox tak ada. Tapi fox ( musang ) tu ada.

Nanti kalau aku jadi buat braces aku update ya. Ada banyak masalah sebenarnya kalau aku nak pasang braces ni. Antaranya :

1. Duit yang mungkin dibazirkan ke haluan yang lain.

2. 10 % saja keberanian yang ada

3. Takut

4. Takut

5. Takut

dan

6. Takut.

Rabu

Mr busy body!


Apa masalahnya kalau aku single?

Hey kau! Boleh tak kau jangan nak sibuk pasal aku. Kau peduli apa aku nak berkawan nak sesiapa pun. What seems to be the problem here.? I'm free. I'm not curangi anyone. Suka hati aku la nak gatal ke, nak gedik ke. Aku tak kacau kau la bro.

Kau tak payah nak tunding - tunding jari la kat orang lain. Kau pun bukan bagus sangat pun bro. Kalau kau bagus kau tak buat la apa yang kau buat hari tu kan? Kau punya sibuk mengalahkan Cik Kiah jual kain. Muka saja mature tapi perangai. Please la ya bro. Aku malas nak sound - sound kau. Kang kau cakap aku lebih - lebih pulak kan. Hell.

------------------------------------------------------------------

( Yahoo.mail )

Hi Balkes,
W** M*** Z******** commented on your Wall post.
W** M*** wrote: "dlmdiam2... niakujadiantikatorangsabahnie..."

Reply to this email to comment on this post.
Thanks,
The Facebook Team

-------------------------------------------------------------

Apa masalah ya? Apa maksud kau? Kau siapa? Sebelum ini tak ada pun nak ambik berat pasal aku? Kenapa sekarang nak jadi Cik Kiah pula? And, kalau berani dan gagah sangat apa pasal kau remove comment tu.? Biar saja la kat situ. Biar semua orang baca. Baru nampak kau gagah.

Kau pandai nak anti -anti orang kan. Sekarang aku nak anti kau.

Pemalas Amat


Aku pun tak tahu apa yang datang hempap otak aku sampai aku jadi betul - betul malas nak buat apa - apa. kerja aku tidur saja selain dari makan. tak ada yang lain. nasib baik perangai pelik ni datang selepas aku dah setel semua exam - exam yang ada. kalau tidak, memang lecturer tu akan beramah mesra dengan aku lagi sem depan.

yeah! Cuti dah start. Uitm baik bagi cuti lama - lama. hahaha. tapi aku tak ada la cuti sangat. kerja la. Gila cuti 4 bulan tak buat apa - apa. Banyak cantik aku. Karang pening pulak mak ayah kat rumah tu nak menanggung aku kat rumah tu.

Tengok2, penyakit dah datang.

Tidur dulu. Bye !

Ahad

Saya budak baru belajar.


Aku memang suka muzik. Tapi nak main alat - alat muzik ni payah la sikit. Maklumlah, jari - jari comel ini tidak lagi dapat dilenturkan. Dah tua - tua baru nak berlajar main muzik. Agak payah la sikit nak cantas YUNA kan. Haha.

Anyway, aku ada guitar. Dia yang beri. Saya yang minta juga sebenarnya. Secara kebetulan juga sebenarnya. Tak faham? Tak apa. Next!

Sekarang, tiada siapa yang nak ajar aku, and now cikgu aku ialah youtube la. Tapi still aku tak berapa nak faham juga sebab dia tak pandai ajar aku. ( Aku yang lembab sebenarnya ) haha. Setakat ini yang aku tahu, hanyalah cara memegang gitar saja. Itu pun aku tak tahu la entah betul entah tidak.


Faham? Nope. Still tak faham. Dah basic gila dah ni.

Aku nak seorang lelaki yang handsome ajarkan aku boleh? Cehh,,memilih pula.

Sabtu

Hari Mak !





Selamat Hari Ibu kepada Pn Balkesaini Bt Abu Bakar yang berada di kampung. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan along sehingga sebesar ini. Sayang mak banyak2.!

Tak lupa juga Selamat Hari Ibu kepada Pn Zaleha Bt Ismail. Jangan kau tanya siapa dia. Someone special for me ok. Sila diam.

Khamis

KFC back -to-back


Comfrim kalau aku duduk rumah memang aku tak akan study. Baring di katil lagi syok dari menghadap nota - nota yang tulisannya sebesar semut.

Jalan penyelesaiannya apa lagi, macam student - student kaya yang lain juga, aku dan kawan aku buat keputusan untuk overnight di KFC 1 kononnya nak study la ni. Esok jam 9 pagi exam. Pukul 10 malam sebelum tu aku belum baca apa - apa lagi. Kalau tak boleh jawab naiya aku.

Sampai di Kfc 1,

Ramainya manusia. Harap - harap mereka semua tak bising dan ganggu aku untuk fokus on study. Ceh, sangat konon. Perut kalau lapar mana boleh fokus. Makan dulu baru study. Lepas makan konon boleh study. Snack plate satu.!!

* snack plate

Perut kenyang mengantuk rupenya. Nasib baik subjek ini tak ada la boring sangat. Aku redahkan juga.


Pukul 2 keadaan semakin lembab. Otak dah tepu dek kerana penghawa dingin KFC 1 yang sangat sejuk. Otak dah lembab pastu ada pulak budak entah ke lelaki entah ke perempuan datang buat bising macam KFC 1 ni dia sorang yang bayar tax. Apa lagi keputusan tak diduga dibuat. Jom kita buat road tour. Kita pergi KFC lain pula.

Sampai KFC 2.

Nampaknya KFC ini tak ramai orang. Yang ada semuanya datang untuk penuhkan ilmu di dada. Diam aje baca buku. Bagus. Wah, menu KFC dah bertukar. Lapar lagi nampaknya. Katanya kawan, takpa kita study dulu dalam pukul 4.30 kita breakfirst pulak. Setuju! KFC lagi.

* Kfc chicken porridge

Lepas breakfirst memang tipu la nak study balik. Otak dah tepu dengan nota - nota dah ni. Eh, dah subuh. Kami singgah di Majlis Shah Alam untuk solat. Sangat syok walaupun aku tak dapat masuk. Faham - faham la. Hirup udara di luar. Udara pagi.


Rabu

Oh, Remy Ishakku!


Aku baru lepas tonton filem Cun Arahan Osman Ali lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. Aku tengok kat youtube saja. Maklumla, mana sempat pergi panggung pun. Aku sibuk sekarang. ( poyo ) Oklah, aku buat pengakuan, aku tengok filem ini pun sebab aku minat remy Ishak sebenarnya. haha.


Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas. Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’


Selasa

Aku banyak kerja lain lah!



Hari ini tak ada mood mau bikin apa - apa. Mau suap makan pun malas. Perut lapar tapi tetap tak ada mood juga. Semalam dah megi takkan hari ini nak makan megi lagi. Now, aku tahu kenapa rambut aku gugur sampai penuh satu rumah dengan rambut aku. Angkara meggi yang sedap tu rupanya.

Sekarang aku buat apa bukan aku tak tahu. Nak tidur awal hati tak tenang. Entah apa yang ada dalam hati aku pun aku tak tahu. Sakit hati ke aku? Takkanlah. Aku nak sakit hati kenapa? Apa hak aku. Yelah, aku tengah tunggu seseorang. Dari pagi lagi. ni dah tengah malam masih tak ada khabar berita. Takkan aku nak fikir pasal kau je. Aku ada exam la esok lusa. Aku ada assignment la nak hantar. Aku ada report la nak kena buat. Aku ada banyak kerja lagi la selain dari fikir pasal kau yang kau belum tentu fikir pasal aku. Tension betul.

Sudahlah!


New hair cut please.!!!


Aku bukan tak pandai jaga rambut la. Bukan aku saja yang ada masalah dengan rambut la. Perempuan yang cantik, agak cantik dan perempuan yang tak berapa nak cantik pun ada masalah dengan rambut la. Jadi aku tak la rasa down sangat dengan pertmbuhan rambut aku yang agak tidak sihat ni. Sampoo tipu. Kau dah rosakkan rambut aku. Aku tak akan terpedaya dengan iklan - iklan murahan lagi.

Anyway aku nak share sikit dengan kamu sekalian pasal hukum mengubah rambut based on Islam way.

Mengubah rambut sama ada meluruskannya, mengkerintingkannya dan merawatnya ( penanaman rambut atau sebagainya ) hukumnya harus dengan syarat - syarat berikut :

1. Tidak menggunakan bahan - bahan yang haram dan najis seperti lemak babi dan sebagainya.

2. Bahan yang digunakan tidak memudaratkan rambut atau badan.

3. dengan tujuan yang harus ; seperti berhias untuk suami, untuk merapikan rambut dan sebagainya. Adapun untuk didedahkan kepada orang lain yang bukan mahram atau untuk meniru gaya rambut orang kafir atau orang fasik, diharamkan kerana tujuan yang dilarang itu. Begitu juga, diharamkan orang lelaki meniru gaya rambut perempuan dan perempuan meniru gaya rambut lelaki.

4. Orang yang menjalankan khidmat mengubah rambut itu hedaklah perempuan juga. tidak harus dilakukan oleh lelaki yang bukan mahram. Sabda Nabi," Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seseorang wanita yang tidak halal baginya'' ( Riwayat imam at - Thabrani dan al - Baihaqi dari Ma'qal bin Yasar - rashiyallahi ' anhu -. Berkata al - Haithami; para perawi hadis ini adalah perawi hadis soheh. berkata al - Minziri; para perawinya adalah tsiqah Lihat; Faidhal - Qadier, hadis no. 7216 )

Eh, aku nak potong rambut la. Tapi tak sure nak potong style apa. Fikir pasal rambut sampai ada kerja aku yang tertangguh. Aku nak potong pendek. Kasi change untuk rambut baru yang sihat untuk tumbuh. Hee~~ Calon - calon rambut yang berkenan dihati adalah :



Messy tapi nampak hot. Aku nak.


Ini lagi hot. Wow.


Comel. Sweet dan nampak cam good gurl ja kan.


Macam barbie. comel.

Pasti ! Aku akan potong rambut. Selamat tinggal rambut lama. hai, rambut baru.

Ahad

Sepatutnya 2



ini adalah gambar cake. sweet kan..

Hai, heloo dan salam.

Hari ini hari terjadinaya aku. dah 23 tahun aku hidup sebagai manusia disamping manusia - manusia yang lain. Selamat hari jadi untuk aku. Tak lupa juga selamat hari pekerja. Walaupun hari ini ayah aku sibuk bekerja sampai tak ada masa nak hantar aku ke terminal. ( hari ini aku pulang ke Shah Alam, berkerja sambil belajar )


Hari jadi. mestila kena bergumbira kan. Tapi aku tak ada la gumbira sangat. Bukan sedih cuma tak gumbira. Sebabnya ada yang hilang la. Last year, hari ini sepatutnya 2 perkara aku sambut, selain dari hari pekerja itu la. Tapi kini tidak lagi,,ceewaah.. maklumla.. sudah single..kau faham? kalau faham tak perlu untuk aku jelaskan lagi. Hati aku dah berdenyut - denyut dah ni. kang banjir pula bilik aku ni. melupakan bukan perkara senang. eh,sudah! Jangan dipanjangkan kisah.

Aku doakan Kau gembira dan bahagia. Itu saja yang aku mampu lakukan. Selamat ulang tahun ke 4 perkenalan kita.